Norzalizan Bahari (2006) Pengurusan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES..pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) |
Abstract
Kajian yang berbentuk kuantitatif ini dijalankan untuk mengenal pasti pengurusan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam di daerah Tuaran. Aspek berkaitan pengurusan yang dikaji adalah kaedah-kaedah pengajaran dan persekitaran bilik darjah. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Pemilihan sampel melibatkan lima buah sekolah menengah di daerah Tuaran. Seramai 287 orang pelajar iaitu 123 orang pelajar lelaki dan 164 orang pelajar perempuan dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS version 10. 0. Statistik deskriptif crostabs digunakan bagi mendapatkan skor pencapaian dalam peperiksaan PMR mengikut jantina. Manakala ujian deskriptif frekuansi dan peratusan dijalankan bagi mendapatkan skor yang paling dominan tentang kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru menurut persepsi pelajar. Ujian korelasi Pearson dijalankan bagi melihat hubungan antara kaedah pengajaran yang paling dominan dengan motivasi termasuk jenis-jenis motivasi dan juga bagi melihat hubungan antara aspek persekitaran bilik darjah dengan motivasi. Dapatan menunjukkan tahap pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam secara keseluruhan di daerah Tuaran berada pada tahap yang baik bagi pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat tiga kaedah pengajaran yang dominan diamalkan oleh guru-guru Pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Tuaran mengikut persepsi pelajar iaitu kaedah syarahan, simulasi dan amali. Hubungan antara kaedah-kaedah pengajaran dengan motivasi pelajar hanya signifikan untuk kaedah simulasi dan syarahan. Motivasi yang berasaskan keperluan berada pada tahap yang tinggi. Ini diikuti pula oleh motivasi yang berasaskan emosi (pada tahap sederhana) dan motivasi yang berasaskan motif berada pada tahap lemah. Pada aspek yang kedua, iaitu hubungan antara persekitaran bilik darjah dengan motivasi hanya signiftkan untuk sebuah sekolah sahaja (sekolah D),
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Pengurusan pengajaran dan pembelajaran, Pendidikan Islam, Sekolah menengah, Kaedah pengajaran, Persekitaran bilik darjah, Motivasi pelajar |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 16 Oct 2025 12:29 |
| Last Modified: | 16 Oct 2025 12:29 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45386 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

