Hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan bekerja menurut persepsi guru sekolah menengah negeri Sabah

Sivasanggar a/l Subramaniom (2007) Hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan bekerja menurut persepsi guru sekolah menengah negeri Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan bekerja di kalangan guru di sekolah-sekolah menengah negeri Sa bah. Gaya kepimpinan ini dilihat dari empat dimensi iaitu gaya kepimpinan mengarah, gaya kepimpinan menyokong, gaya kepimpinan partisipatif dan gaya kepimpinan berorientasikan pencapaian sementara kepuasan bekerja guru pula dilihat dari dua dimensi iaitu faktor pendorong dan higien. Kajian ini berusaha untuk 1). Mengenalpasti gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua, 2). Mengenalpasti tahap kepuasan bekerja guru. 3). Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan dan hubungan signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan bekerja guru. Instrumen 'Leader Behaviour Description Questionnaire {LBDQ) dan 'The Minnesota Satisfaction Questionnaire' {MSQ) digunakan dalam kajian ini. Seramai 112 orang guru telah dipilih sebagai respoden. Data ini dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.0. Data yang dianalisis mengikut min, ujian-t, ANOVA sehala dan Korelasi Pearson. Maka keputusan menunjukkan gaya kepimpinan dominan yang diamalkan oleh pengetua adalah gaya kepimpinan menyokong yang memberikan kepuasan yang tinggi bagi guru­guru. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan bekerja guru-guru. Ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua memberi kesan kepada kepuasan bekerja guru-guru. Berdasarkan dapatan ini, beberapa cadangan telah dikemukakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Gaya kepimpinan pengetua, Kepuasan kerja guru, Faktor pendorong dan higien, Gaya kepimpinan mengarah, Gaya kepimpinan menyokong
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2025 17:01
Last Modified: 10 Oct 2025 17:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45401

Actions (login required)

View Item View Item