Jamal Adli Ahmad Shukri and Dygku Ezharrinna Awgku Matarsat and Muhammad Ihsan Mahd Nayai and Siti Norhafizah Rahmat and Mohd Shariffuddin Salleh and Mohd Nasrun Mohd Talib and Saifulazry Mokhtar (2025) Pendekatan dakwah dalam program amali dakwah IPDAS tahun 2022 - 2024 di Sabah. International Journal Of Modern Education (IJMOE), 7. pp. 847-863.
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (517kB) | Request a copy |
Abstract
Program Amali Dakwah merupakan salah satu pendekatan praktikal yang dilaksanakan oleh Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dalam usaha memperkasa penyampaian dakwah secara lebih berkesan dalam kalangan mahasiswa. Program ini memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk turun ke lapangan dan mengaplikasikan ilmu dakwah secara langsung kepada komuniti yang disasarkan. Kewujudan program amali seperti ini sebenarnya memberi pendedahan awal kepada mahasiswa khususnya dalam konteks dakwah bagi melestarikan dakwah islamiah sepertimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW, bukan mengikut kemahuan pendakwah itu sendiri. Pelaksanaan program pada tahun 2022 hingga 2024 di beberapa daerah terpilih di Sabah mendedahkan pelbagai pendekatan dakwah yang digunakan seperti dakwah bil hal, dakwah fardiyah dan dakwah bil lisan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan dakwah yang diguna pakai serta keberkesanannya dalam menyampaikan mesej Islam secara berhemah dan berstrategi. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual separa struktur, pemerhatian lapangan dan analisis dokumen program. Dapatan menunjukkan bahawa pendekatan dakwah yang berteraskan hikmah, empati, serta kefahaman terhadap kearifan tempatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan program ini. Justeru, pendekatan dakwah dalam Program Amali Dakwah IPDAS dilihat sebagai platform yang berpotensi memperkukuh peranan institusi pengajian Islam dalam pembangunan komuniti dan penghayatan Islam dalam masyarakat setempat di Sabah.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Amali Dakwah (Amali Da’wah), Dakwah (Da’wah), IPDAS, Pendekatan (Approaches), Sabah |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL74-99 Religions of the world B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP70-80 Biography |
| Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 10 Oct 2025 17:08 |
| Last Modified: | 10 Oct 2025 17:08 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45404 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

