Analisis cabaran pelaksanaan konsep pelancongan mesra Muslim di Sabah: Implikasi terhadap pembangunan industri pelancongan

Nur Ilma Ambo and Nor Surilawana Sulaiman and Suhailah Abd. Muin (2025) Analisis cabaran pelaksanaan konsep pelancongan mesra Muslim di Sabah: Implikasi terhadap pembangunan industri pelancongan. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 10. pp. 274-287.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (428kB) | Request a copy

Abstract

Pelancongan mesra Muslim merupakan segmen penting dalam industri pelancongan global yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi destinasi pelancongan. Malaysia, khususnya Sabah, mempunyai peluang besar untuk memanfaatkan potensi ini melalui penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelancong Muslim. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan dan cabaran pelaksanaan konsep pelancongan mesra Muslim di Sabah serta implikasinya terhadap pembangunan industri pelancongan. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis dokumentasi untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pihak berkepentingan seperti kekurangan kemudahan asas, kekangan modal, serta ketiadaan garis panduan khusus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran pengusaha pelancongan terhadap konsep mesra Muslim masih rendah, manakala polisi dan peraturan sedia ada belum diselaraskan dengan keperluan tempatan. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan dalam aspek pemantapan polisi, peningkatan kesedaran, dan kerjasama strategik antara kerajaan, pengusaha, dan NGO. Penyelidikan masa depan disarankan untuk menilai impak ekonomi pelancongan mesra Muslim dan penggunaan teknologi digital dalam memperkukuh daya saing destinasi pelancongan mesra Muslim di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Pelancongan Mesra Muslim (Muslim-Friendly Tourism), Cabaran Pelaksanaan (Implementation Challenges), Polisi Pelancongan (Tourism Policy), Sabah, Industri Pelancongan (Tourism Industry)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP173.25-173.45 Islamic sociology
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 17 Oct 2025 09:07
Last Modified: 17 Oct 2025 09:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45452

Actions (login required)

View Item View Item