Mohd Nor Azan Abdullah and Philiadiran Philip and Saifulazry Mokhtar (2025) Bahasa asing dalam pembangunan sosio-ekonomi negeri Sabah. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 10. pp. 364-384.
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Bahasa Asing adalah bahasa yang bukan merupakan bahasa ibunda. Kemahiran berbahasa asing semakin penting di Malaysia khususnya dan negeri Sabah amnya. Oleh yang demikian, banyak institusi-institusi yang menawarkan pengajian bahasa asing sama ada secara opsyen mahu secara pilihan mata pelajaran. Institusi pendidikan tinggi tidak terkecuali dalam penawaran bahasa asing. Pengkaji telah memilih pelajar-pelajar bahasa asing di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai responden penelitian yang mewakili masyarakat di Sabah. Pengajaran bahasa asing bukan sahaja memberikan peluang pelajar mengetahui pelbagai bahasa malah ianya dapat meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa seterusnya menyediakan peluang pekerjaan yang bersifat international. Permasalahan kajian merujuk kepada kurangnya kefahaman kepentingan menguasai kemahiran berbahasa asing. Objektif kajian menjurus kepada kepentingan penguasaan bahasa asing akan dapat membantu masyarakat meningkatkan tahap sosioekonomi melalui penglibatan secara meluas dalam aktiviti ekonomi yang akan mengurangkan risiko kemiskinan. Kepentingan pasaran kerja sosio-ekonomi dapat menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, homestay, diplomatik, melanjutkan pelajaran, membuat penyelidikan malah memberi ruang untuk mengetahui budaya asing serta menambah keyakinan diri seseorang dalam berkomunikasi mahupun sebagai seorang pekerja yang cekap berkemahiran bahasa asing. Kajian ini menggunakan kaedah kajian campuran (mix method) iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif bersifat kajian kepustakaan dengan merujuk sumber-sumber ilmiah berkaitan seperti artikel-artikel jurnal, buku-buku dan dokumentasi-dokumentasi berkaitan. Selain itu, penyelidik juga menjalankan temu bual terhadap beberapa informan terpilih dalam penyelidikan. Kaedah kuantitatif pula, melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada responden penyelidikan untuk mendapatkan data-data yang diperlukan. Kajian ini membolehkan pembaca memahami kepentingan pemerolehan kemahiran bahasa asing dalam pembangunan sosio-ekonomi di Sabah.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Bahasa asing, Pembangunan sosio-ekonomi, Sabah |
| Subjects: | P Language and Literature > PB Modern languages. Celtic languages > PB1-3029 Modern languages. Celtic languages > PB1-431 Modern languages |
| Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 21 Oct 2025 12:11 |
| Last Modified: | 21 Oct 2025 12:11 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45480 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

