Kahwin campur: Isu, konflik dan peranan mediasi dalam masyarakat majmuk di Malaysia

Haslina Ibrahim and Zaifuddin Md Rasip (2025) Kahwin campur: Isu, konflik dan peranan mediasi dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Sains Insani, 10 (1). pp. 12-22.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (361kB) | Request a copy

Abstract

Amalan kahwin campur bukanlah fenomena baru dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama. Mutakhir ini ia sudah semakin diterima oleh masyarakat berbanding setengah abad yang lalu. Globalisasi membuka ruang yang lebih besar yang memungkinkan berlakunya interaksi antara etnik, budaya, dan agama yang berbeza. Dalam konteks Malaysia, walaupun kahwin campur sudah semakin diterima, namun ia masih lagi menimbulkan beberapa isu berbangkit apabila melibatkan perkahwinan di antara orang Islam dan bukan Islam. Ini kerana syariat menetapkan bahawa syarat sah perkahwinan adalah pasangan mesti beragama Islam. Hakikatnya, terdapat juga larangan-larangan tertentu di dalam agama selain daripada Islam terhadap kahwin campur. Hal ini bukan sahaja menimbulkan konflik kepada pasangan, bahkan ia menimbulkan prejudis antara kaum dan penganut agama yang berbeza. Keadaan ini boleh meninggalkan impak yang negatif terhadap kesejahteraan hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Sesuatu perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kahwin campur dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian terjadinya konflik. Oleh yang demikian, penulis mencadangkan agar mediasi diperkenalkan kepada pasangan dan ahli keluarga yang terlibat sebagai inisiatif di peringkat awal bagi mengurangkan risiko berlakunya konflik kekeluargaan yang berpotensi membina persepsi negatif di antara kaum dan agama yang berbeza di negara ini.

Item Type: Article
Keyword: Kahwin campur, hubungan antara agama, mediasi
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ750-755.5 Eugenics
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > K1-7720 Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > K(520)-5582 Comparative law. International uniform law > K2390 Negotiated settlement. Compromise
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 21 Oct 2025 12:12
Last Modified: 21 Oct 2025 12:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45482

Actions (login required)

View Item View Item