Suhailah Abd Muin and Siti Aisyah Yap Abdullah and Atika Farhain Ali and Ahmad Raghi Bin Ali (2025) Pendekatan Fiqh Sabahi dalam memperkukuh kesepaduan komuniti majmuk di Sabah: Satu tinjauan awal.
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (411kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau peranan pendekatan Fiqh Sabahi dalam memperkukuh kesepaduan komuniti majmuk di Sabah. Sabah merupakan negeri yang terkenal dengan kepelbagaian etnik, budaya dan agama, menjadikan aplikasi fiqh lokal sebagai satu keperluan penting dalam usaha membangun keharmonian sosial. Fiqh Sabahi merujuk kepada pendekatan fiqh yang beradaptasi dengan realiti setempat berdasarkan prinsip keadilan, toleransi, kepedulian terhadap muallaf dan keperluan dakwah yang hikmah. Tujuan utama penulisan ini ialah untuk menganalisis bagaimana prinsip-prinsip Fiqh Sabahi diaplikasikan dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Sabah, serta menilai sejauh mana prinsip-prinsip tersebut menyumbang kepada pengukuhan hubungan sosial antara Muslim, muallaf, dan bukan Muslim. Kajian ini juga bertujuan mencadangkan strategi pengukuhan kesepaduan berasaskan nilai-nilai fiqh yang sesuai dengan latar budaya setempat. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui tinjauan awal berbentuk temubual separa berstruktur dengan pemimpin komuniti, asatizah, dan individu berpengaruh di beberapa daerah terpilih di Sabah. Hasil awal menunjukkan bahawa prinsip Fiqh Sabahi seperti al-taysir (memudahkan), al-ta'ayush (hidup bersama secara harmoni), dan al-‘adalah (keadilan sosial) banyak diamalkan dalam hubungan masyarakat setempat. Dapatan kajian ini dijangka memberi manfaat kepada agensi dakwah, institusi pendidikan Islam, dan pembuat dasar dalam merangka program pembangunan komuniti majmuk yang lebih berkesan. Kajian ini turut membuka ruang kepada penyelidikan lanjutan mengenai potensi fiqh lokal dalam memperkukuh keharmonian nasional secara lebih luas.
| Item Type: | Proceedings |
|---|---|
| Keyword: | Fiqh Sabahi, Kesepaduan Komuniti, Komuniti Majmuk, Muallaf di Sabah, Dakwah Bil Hal, Perpaduan Sosial |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP173.25-173.45 Islamic sociology |
| Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 23 Oct 2025 15:27 |
| Last Modified: | 23 Oct 2025 15:27 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45518 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

