Tahap kebimbangan seketika dalam kalangan pemain bola sepak dan bola jaring di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu

Awang Jasrie Awang Matusin and Hasnol Noordin and Md. Safwan Samsir (2025) Tahap kebimbangan seketika dalam kalangan pemain bola sepak dan bola jaring di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 14. pp. 81-97. ISSN 2232-1918

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (519kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kebimbangan seketika dalam kalangan pemain bola sepak dan bola jaring sekolah menengah berumur 13 hingga 18 tahun yang menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kota Kinabalu (MSSDKK). Seramai 138 orang atlet telah dipilih secara persampelan rawak berkelompok, terdiri daripada 70 orang pemain bola sepak dan 68 orang pemain bola jaring daripada lima buah sekolah yang terpilih. Instrumen Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) digunakan bagi mengukur tiga komponen kesediaan psikologi atlet, iaitu kebimbangan kognitif seketika, kebimbangan somatik seketika dan keyakinan diri, satu jam sebelum pertandingan bermula. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemain bola jaring mencatatkan tahap kebimbangan kognitif dan somatik yang lebih tinggi berbanding pemain bola sepak, manakala pemain bola sepak menunjukkan tahap keyakinan diri yang lebih tinggi secara signifikan. Ujian ANOVA Sehala mendapati tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan kumpulan umur. Namun, ujian-t bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ketiga-tiga dimensi yang dikaji: kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri; berdasarkan jantina dan jenis sukan (p < 0.05). Secara umumnya, atlet perempuan (pemain bola jaring) mengalami kebimbangan yang lebih tinggi dan keyakinan diri yang lebih rendah berbanding atlet lelaki (pemain bola sepak). Hasil kajian ini menekankan kepentingan menangani cabaran psikologi dalam kalangan atlet muda, terutamanya atlet wanita. Latihan kemahiran psikologi seperti teknik relaksasi dan pembinaan keyakinan diri disarankan agar diterapkan dalam program latihan jurulatih bagi meningkatkan prestasi dan kesejahteraan atlet secara menyeluruh.

Item Type: Article
Keyword: Kebimbangan seketika, CSAI-2, kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik, keyakinan diri, atlet remaja, psikologi sukan
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine > RC31-1245 Internal medicine > RC952-1245 Special situations and conditions > RC1200-1245 Sports medicine
R Medicine > RD Surgery > RD1-811 Surgery > RD92-97.8 Emergency surgery. Wounds and injuries
Department: FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 31 Oct 2025 16:57
Last Modified: 31 Oct 2025 16:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45572

Actions (login required)

View Item View Item