Peranan pengulangan zikir sebagai alat terapi spiritual bagi pemulihan ketagihan

Rozeeda Kadri and Zaifuddin Md Rasip (2025) Peranan pengulangan zikir sebagai alat terapi spiritual bagi pemulihan ketagihan. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 10 (58). pp. 313-323.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (388kB) | Request a copy

Abstract

Meditasi spiritual telah dibincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk meningkatkan model pemulihan ketagihan bahan seperti dadah, ganja, alkohol dan sebagainya dengan memasukkan elemen spiritual ke dalam model biopsikososial. Oleh yang demikian, objektif penulisan ini adalah untuk mencadangkan satu model pemulihan penyalahgunaan bahan yang komprehensif, lengkap dan menyeluruh perlu dibangunkan untuk memenuhi pola semasa. Kajian ini menggunakan kaedah literatur dengan mengumpul data yang relevan, analisis data tersebut bagi mendapatkan konsep tentang pemulihan dadah. Kajian ini mendapati, model yang dipelopori oleh pengkaji Barat menitikberatkan nilai biologi, sosial dan psikologi, sedangkan kebanyakan penduduk Asia terutamanya Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand berpegang kepada aspek ketuhanan dan spiritual dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kaedah pemulihan yang terbaik hendaklah dimasukkan elemen spiritual dan kepercayaan kepada Tuhan untuk membentuk sebuah model yang menyeluruh. Dengan itu, penulis mencadangkan model pengulangan zikir adalah salah satu usaha yang mempunyai elemen meditasi dan spiritual yang boleh digunakan sebagai alat kesembuhan dalam proses pemulihan penyalahgunaan dadah.

Item Type: Article
Keyword: Ketagihan, Islam, Meditasi, Spiritual, Terapi, Zikir
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF636-637 Applied psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP166-166.94 Theology (Kalam)
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 31 Oct 2025 17:09
Last Modified: 31 Oct 2025 17:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45579

Actions (login required)

View Item View Item