Muhammad Ehsan Kamba and Saturia Amiruddin (2025) Cabaran penggunaan teknologi aplikasi digital terhadap pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan guru-guru taska. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 14. pp. 61-72. ISSN 2289-3032
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (316kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru TASKA dalam penggunaan teknologi aplikasi digital serta memahami bagaimana teknologi tersebut digunakan dalam pengajaran di TASKA di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan pemilihan subjek secara tidak rawak, melibatkan empat orang guru TASKA sebagai responden. Kaedah utama yang digunakan ialah temubual mendalam untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai cabaran yang dihadapi oleh guru-guru. Data yang dikumpul melalui temubual dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati beberapa cabaran utama dalam penggunaan teknologi aplikasi digital, termasuk fasiliti yang tidak memuaskan seperti capaian internet yang lemah dan perlahan, serta peranti yang kerap mengalami masalah teknikal. Selain itu, isu kawalan kelas turut menjadi halangan dalam penggunaan teknologi digital di bilik darjah. Berdasarkan dapatan ini, kajian mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan, antaranya ialah peningkatan fasiliti teknologi, penyediaan latihan yang komprehensif kepada guru TASKA, dan sokongan teknikal yang lebih konsisten. Langkah-langkah ini diharapkan dapat membantu guru TASKA mengintegrasikan teknologi digital secara lebih berkesan dalam proses pengajaran, seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Teknologi aplikasi digital, TASKA, temu bual |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works > AC1-999 Collections. Series. Collected works > AC1-195 Collections of monographs, essays, etc. > AC9-195 Other languages T Technology > T Technology (General) > T1-995 Technology (General) > T55.4-60.8 Industrial engineering. Management engineering > T58.5-58.64 Information technology |
| Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 31 Oct 2025 17:25 |
| Last Modified: | 31 Oct 2025 17:25 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45600 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

