Hubungan antara faktor rakan sebaya dan faktor guru dengan kekerapan ponteng sekolah

Amat Daud Lumbayan (2008) Hubungan antara faktor rakan sebaya dan faktor guru dengan kekerapan ponteng sekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (970kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor rakan sebaya dan faktor guru dengan kekerapan ponteng sekolah pelajar. Seramai 104 pelajar dijadikan sampel kajian di empat buah sekolah di daerah Beluran. Pengkaji menggunakan soal selidik Skala Likert untuk pengumpulan data dan dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 15.0 version for Windows. Taburan kekerapan dan peratusan data demografi responden dianalisis secara deskriptif, sementara hubungan antara faktor rakan sebaya dan faktor guru dengan kekerapan ponteng sekolah pelajar dianalisis menggunakan Korelasi Pearson's r. Keputusan kajian mendapati hubungan faktor rakan sebaya dengan kekerapan ponteng sekolah adalah r = 0.056, p>0.05. Oleh itu hipotesis kajian yang menyatakan tidak wujud hubungan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan kekerapan ponteng sekolah adalah diterima. Manakala hubungan faktor guru dengan kekerapan ponteng sekolah pelajar adalah rendah positif (r = 0.227, p < 0.05). Hipotesis kajian yang menyatakan tidak wujud hubungan yang signifikan antara faktor guru dengan kekerapan ponteng sekolah pelajar adalah ditolak.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Faktor rakan sebaya, Faktor guru, Kekerapan ponteng sekolah.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 04 Nov 2025 14:54
Last Modified: 04 Nov 2025 14:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45615

Actions (login required)

View Item View Item