Kesediaan belajar dan hubungan dengan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar tingkatan dua bagi mata pelajaran selarah di SMK Likas, Kota Kinabalu

Dg Norizah Ag Kiflee @ Dzulkifli (2008) Kesediaan belajar dan hubungan dengan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar tingkatan dua bagi mata pelajaran selarah di SMK Likas, Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kesediaan belajar dan hubungan dengan gaya pembelajaran berdasarkan faktor demografi jantina dan tingkatan dalam kalangan pelajar tingkatan dua bagi Mata Pelajaran Sejarah di SMK Likas, Kata Kinabalu. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan kesediaan belajar dengan gaya pembelajaran berdasarkan faktor demografi jantina dan kelas dalam kalangan pelajar tingkatan dua bagi Mata Pelajaran Sejarah di SMK Likas, Kata Kinabalu Seramai 182 orang responden yang terlibat dalam kajian ini dengan 108 orang pelajar lelaki dan 74 orang pelajar perempuan tingkatan dua di SMK Likas, Kata Kinabalu. Responden telah diberikan satu set borang soal selidik yang mengandungi 3 bahagian. Sahagian A terdiri daripada 2 item soalan demografi mengenai jantina dan kelas. Sahagian B terdiri daripada 15 item soalan yang telah diubah daripada Mohd Yusef Noor dan Student Online Readiness Tool mengenai kesediaan belajar. Sahagian C terdiri daripada item 30 soalan yang telah diubahsuai daripada Learning Style Questionnaires mengenai gaya pembelajaran Honey dan Mumford, gaya pembelajaran Felder dan Solomon dan gaya pembelajaran Biggs. Sebanyak 11 hipotesis telah dikemukakan dalam kajian ini dan telah diuji dan diukur menggunakan kaedah statistik deskriptif, ujian t, ANOVA dan kolerasi pearson dengan paras signifikan p<0.05. Hasil kajian ini mendapati kesediaan belajar dalam kalangan pelajar tingkatan dua di SMK Likas, Kata Kinabalu adalah tinggi berdasarkan dapatan min dan sisihan piawai.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kesediaan belajar, Gaya pembelajaran, Mata pelajaran Sejarah, SMK Likas, Kota Kinabalu, Pelajar Tingkatan Dua, Perbezaan jantina, Faktor demografi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 04 Nov 2025 14:57
Last Modified: 04 Nov 2025 14:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45622

Actions (login required)

View Item View Item