Duhaimin@Robert Salumbi (2008) Pengaruh kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian sejarah dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (981kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud pengaruh kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian Sejarah dalam kalangan pelajar di sekolah kajian. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan empat. Prosedur persampelan adalah menggunakan Jadual Nombor Rawak. Instrumen kajian oleh Weisinger (1998) telah digunakan untuk mengukur kecerdasan emosi dan model pembelajaran Index of Learning Style oleh Felder & Silverman (1988) digunakan untuk mengukur lapan gaya pembelajaran responden iaitu gaya pembelajaran aktif, gaya pembelajaran reflektif, gaya pembelajaran sensori, gaya pembelajaran intuisi, gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran verbal, gaya pembelajaran sequential dan gaya pembelajaran global. Pencapaian Sejarah dinilai dengan menggunakan ujian excel sejarah berbentuk 40 soalan objektif topikal tingkatan empat dengan Indeks Kesukaran tahap sederhana dan Indeks Diskriminasi sangat baik dengan berdasarkan tiga aras Taksonomi Bloom. Analisis dapatan kajian menggunakan perisian SPSS versi 15.0 dengan menetapkan aras signifikan p<0.05. Alatan statistik Regresi Berganda digunakan dalam menganalisis pengaruh pemboleh ubah tak bersandar terhadap pemboleh ubah bersandar. Hasil kajian mendapati Kecerdasan emosi memberi pengaruh signifikan yang baik terhadap kelapan-lapan dimensi gaya pembelajaran terutama gaya pembelajaran aktif dan reflektif. Kajian ini turut mendapati bahawa terdapat pengaruh antara kecerdasan emosi dengan pencapaian sejarah yang kuat terutama dimensi kesedaran diri (48.1 %) dan kemahiran sosial (17.9%). Dimensi motivasi diri, kawalan diri dan empati menunjukkan pengaruh tetapi pada pekali koefisien yang lemah. Nilai pekali penentuan kecerdasan emosi secara keseluruhan (R2=0.774) atau 77.4% adalah penemuan terkini membuktikan kecerdasan emosi adalah peramal utama dalam varians pencapaian sejarah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud pengaruh signifikan gaya pembelajaran reflektif dan gaya pembelajaran aktif terhadap pencapaian sejarah pada aras sederhana.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Kecerdasan emosi, Emotional intelligence, Gaya pembelajaran, Learning styles, Pencapaian akademik, Mata pelajaran Sejarah, Pelajar sekolah menengah |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1101-1139 Child study |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 04 Nov 2025 14:57 |
| Last Modified: | 04 Nov 2025 14:57 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45623 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

