Kesejawatan dan kepimpinan beretika dengan professionalisme keguruan dalam kalangan guru PPSMI

Farah Abdullah (2008) Kesejawatan dan kepimpinan beretika dengan professionalisme keguruan dalam kalangan guru PPSMI. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (985kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini meninjau kesejawatanan dan kepimpinan beretika dengan profesionalisme keguruan dalam kalangan guru PPSMI. Kesejawatanan dilihat dari segi perkembangan guru, refleksi, analisis dan perkembangan diri di samping penyemaian sifat positif seperti perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati dan tegur-menegur antara ahli kumpulan. Kepimpinan beretika dilihat dari segi penurunan kuasa dan bermotif serta berbudi pekerti seperti kejujuran dan integriti. Profesionalisme keguruan dilihat dari segi kompetensi bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris serta peningkatan profisiensi bahasa Inggeris guru PPSMI. Kajian dilakukan melalui kaedah soal selidik terhadap 100 orang guru PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah di sekitar bandar Sandakan. Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan iaitu dengan mengambil guru PPSMI yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun di bawah rakan pembimbing di sekolah berkenaan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows versi 14.0. Statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai digunakan untuk membuat bacaan dan tafsiran keputusan kajian manakala statistik inferensi seperti ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan tidak ada perbezaan antara jantina dengan kesejawatanan (min lelaki = 2.8872; min perempuan = 2.8892) dan kepimpinan beretika (min lelaki = 2.8846; min perempuan = 3.0631) dalam kalangan guru PPSMI. Kajian juga menunjukkan wujudnya perbezaan antara pengalaman mengajar guru dengan kepimpinan beretika [F(df=2, 97, P<.05)=4.189]. Kesejawatanan dan kepimpinan beretika mempunyai hubungan dengan profesionalisme keguruan (r = .35; r = .37). Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah amalan keejawatanan dan kepimpinan beretika dalam kalangan guru PPSMI.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kesejawatanan, Collegiality, Kepimpinan beretika, Ethical leadership, Profesionalisme keguruan, Teacher professionalism, Guru PPSMI
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 04 Nov 2025 14:57
Last Modified: 04 Nov 2025 14:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45624

Actions (login required)

View Item View Item