John Haris Rahim (2008) Platform penyeliaan dalam kalangan penyelia pengajaran dan guru di sekolah menengah daerah Tawau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (12MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka orientasi platform penyeliaan dalam kalangan penyelia-penyelia pengajaran dan guru-guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Platform penyeliaan yang digunapakai dalam kajian ini disandarkan kepada kepercayaan penyeliaan (supervision belief) Glickman, Gordon dan Ross-Gordon (1995) yang merangkumi tiga aliran falsafah pendidikan peribadi iaitu esensialisme, eksperimentalisme, dan eksistensialisme dan tiga kepercayaan terhadap pendekatan penyeliaan seperti bersifat mengarah, bersifat kolaboratif, dan bersifat bukan mengarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif secara tinjauan yang menggunakan soal selidik ke atas 207 orang sampel kajian yang terdiri daripada 46 orang penyelia pengajaran dan 161 orang guru daripada enam buah sekolah menengah di daerah Tawau. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi bagi memperihalkan pola-pola atau ciri-ciri platform penyeliaan dalam kalangan penyelia pengajaran dan guru. Hasil dapatan kajian berdasarkan aspek demogl'.'clfi Jawatan disandang mendapatl bahawa Penyella-penyelia pengajaran lebih cenderung kepada pegangan platfonn falsafah esenslalisme dan amalan platform pendekatan penyeliaan bersifat mengarah. Sebaliknya guru-guru pula leblh cenderung kepada pegangan platform falsafah eksistensialisme dan amalan platform pendekatan penyellaan bersifat bukan mengarah. Dapatan kajlan ini juga, menunjukkan bahawa platform allranaliran falsafah pendidikan peribadi mempunyai hubungan signiflkan yang kuat dengan platform kepercayaan-kepercayaan terhadap pendekatan penyellaan. Malahan, pegangan platform aliran-aliran falsafah lni turut mempengaruhl amalan platform pendekatan penyeliaan pengajaran. Pertentangan pegangan dan amalan platform penyeliaan ini sering menimbulkan konflik antara penyelia pengajaran dan guru seterusnya memberi impak yang tidak baik bagi tafsiran guru terhadap proses penyeliaan pengajaran. Oleh itu, Pengurusan penyeliaan pengajaran yang berkesan di sekolah bergantung kepada kebijaksanaan pentadbirpentadbir sekolah sebagai penyelia pengajaran untuk mengaplikasikan strategi amalan plartform penyeliaan pengajaran yang sesuai berdasarkan situasi dan perubahan konsep penyeliaan pada masa kini.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Penyeliaan pengajaran, Platform penyeliaan, Kepercayaan penyeliaan, Falsafah pendidikan peribadi, Esensialisme, Eksperimentalisme, Eksistensialisme |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2341-2341.95 Supervision and administration. Business management |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 07 Nov 2025 09:58 |
| Last Modified: | 07 Nov 2025 09:58 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45633 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

