Penggunaan asid lemak dan lipid oleh Mycobacterium

Lim, Wei Choo (2004) Penggunaan asid lemak dan lipid oleh Mycobacterium. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000683.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Dalam kajian ini, jenis lipid dan asid lemak yang berlainan telah digunakan untuk bertindak sebagai sumber karbon yang utama untuk pertumbuhan M.smegmatis jenis liar (mc² 155) H8000 dan juga M.smegmatis jenis transforman t1icl dengan menggantikan sumber karbon yang lain, contohnya glukosa Di samping itu, lipid dan asid lemak ini telah diuji kemampuannya untuk menggantikan glukosa dan asetat sebagai sumber karbon yang lain. Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah yang paling asas dimana kelalang yang mengandungi sumber karbon yang berlainan telah diinkubasikan di dalam inkubator pada suhu 37°C selama tiga hari tanpa penggocangan. Keputusan yang diperolehi telah menunjukkan bahawa media karbon jenis NBD Palm Kernel Olein memberi pertumbuhan sel yang baik dan seterusnya menghasilkan koloni yang banyak kepada Msmegmatis jenis liar (mc² 155) H8000 dan juga M.smegmatis jenis transforman Δicl. Media karbon jenis NBD Palm Olein hanya berjaya dibuktikan sebagai pengganti 2% glukosa kepada Msmegmatis jenis liar (mc2 155) H8000. Asid olik dan asid linolik., bagaimanapun telah diuji kemampuan masing-masing dalam bertindak sebagai pengganti sumber glukosa dan keputusan yang didapati menunjukkan kedua-dua asid lemak tidak tepu ini tidak membantu pertumbuhan sel mikobakteria. Hanya media NBD Palm Kernel Olein dan NBD Palm Olein telah berjaya dibuktikan sebagai pengganti sumber karbon kepada 2 % glukosa yang menggalakkan pertumbuhan koloni barn mikobakteri. Sebagai kesimpulannya, mikobakteria semasa dalam keadaan persistensi menggunakan lipid sebagai sumber karbon yang utama jika dibandingkan dengan asid olik dan asid linolik dalam kajian ini dengan organisma sasaran ialah M.smegmatis jenis liar (mc² 155) H8000 dan juga Msmegmatis jenis transforman Δicl.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Acid, Source of Carbon, Msmegmatis, Mycobacterium cultures, Mycobacteria
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 31 Jul 2012 08:06
Last Modified: 23 Oct 2017 15:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4564

Actions (login required)

View Item View Item