Gaya pembelajaran dan kecerdasan emosi serta hubungannya terhadap pencapaian mata pelajaran pendidikan moral dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin: Kajian di daerah Tamparuli

Luis Oseh (2007) Gaya pembelajaran dan kecerdasan emosi serta hubungannya terhadap pencapaian mata pelajaran pendidikan moral dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin: Kajian di daerah Tamparuli. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (14MB)

Abstract

Kajian ini, bertujuan untuk melihat hubungan gaya pembelajaran dan tahap kecerdasan emosi dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar bennasalah disiplin. Seramai lapan puluh lima orang pelajar dari empat buah sekolah menengah di daerah Tamparuli menjadi sampel dalam kajian ini . Statistik deskriftif iaitu frekuensi, peratus, min, sisihan piawai digunakan sebagai analisis taburan, perbandingan dan hubungan. Statistik inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis dengan menggunakan analisis korelasi pearson, untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah kecerdasan emosi, dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Moral. Semua ujian statistik dijalankan dan ditetapkan pada aras seertian dua arah p=0.05. Aras seertian dua arah p=0.05 ini digunakan dalam menerima atau menolak sesuatu hipotesis. Perbezaan skor kecerdasan emosi antara pelajar lelaki dan perempuan serta aliran dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Skala Likert digunakan untuk menentukan kekerapan maklum balas responden terhadap item soal selidik. Dapatan kajian gaya pembelajaran keseluruhan responden, menunjukkan responden cenderung mengamalkan gaya pembelajaran faktor persekitaran, sosial dan psikologi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan gaya pembelajaran dimensi emosi, fisiologi dan psikologi dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Moral. Dapatan kajian keseluruhan dimensi kecerdasan emosi iaitu personal, sosial, kerohanian dan kematangan; menunjukkan tahap kecerdasan emosi pelajar bennasalah disiplin adalah 3.80 berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian, menunjukkan tidak terdapat hubungan yang singifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Moral. Dapatan juga menunjukkan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi antara pelajar lelaki dan perempuan. Analisis juga menunjukkan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Moral, keseluruhan responden menunjukkan skor min 3.38, iaitu berada pada tahap lulus.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Gaya pembelajaran, Kecerdasan emosi, Pencapaian akademik, Pendidikan Moral, Pelajar bermasalah disiplin, Sekolah menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Nov 2025 10:12
Last Modified: 07 Nov 2025 10:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45648

Actions (login required)

View Item View Item