Mohammad Firdaus Hasmin and Syamsul Azizul Marinsah and Mohamad Shaukhi Mohd Radzi and Mohd Syahkiran Bahran and Mohd. Hishamuddin Amid (2025) Peranan model sintesis teologi Stephen b. Bevans dalam dialog antara agama: Suatu tinjauan awal. Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, 7 (3). pp. 205-220.
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (387kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara model sintesis dalam konsep teologi kontekstual yang dikemukakan oleh Stephen B. Bevans dengan amalan dialog antara agama. Model sintesis yang diperkenalkan oleh Stephen B. Bevans menekankan kepentingan menyesuaikan elemen tradisi agama dengan konteks semasa, di samping mencipta keselarasan antara ajaran agama dan keperluan budaya setempat. Dalam konteks dialog antara agama, model ini berperanan sebagai kerangka yang memungkinkan pertukaran pandangan secara harmoni, dengan memberi peluang kepada setiap agama untuk menjelaskan kepercayaan dan pandangan masing-masing terhadap isu yang timbul. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, termasuk karya Stephen B. Bevans yang memfokuskan pada model sintesis teologi kontekstual serta meneliti sesi dialog antara agama kontemporari yang dipilih berdasarkan relevansi dengan pendekatan ini. Kajian mendapati bahawa model sintesis Stephen B. Bevans membantu membina ruang perbincangan yang lebih inklusif, membolehkan agama-agama berinteraksi dalam suasana saling memahami dan menghormati. Kajian ini merupakan tinjauan awal tentang bagaimana model sintesis dapat diterapkan dalam memajukan dialog antara agama serta menawarkan perspektif teologi yang relevan dalam menghadapi cabaran pluralisme agama masa kini.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Dialog antara agama, konsep kontekstual, model sintesis |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL410 Religions in relation to one another L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC1200-1203 Inclusive education |
| Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 07 Nov 2025 10:15 |
| Last Modified: | 07 Nov 2025 10:15 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45652 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

