Tahap kesedaran guru pendidikan khas terhadap pelaksanaan literasi komputer kepada murid pendidikan khas bermasalah penglihatan

Nor Jannah Hassan (2008) Tahap kesedaran guru pendidikan khas terhadap pelaksanaan literasi komputer kepada murid pendidikan khas bermasalah penglihatan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (991kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru pendidikan khas dari aspek pengetahuan, kemahiran komputer dan sikap terhadap pelaksanaan literasi komputer kepada murid pendidikan khas bermasalah penglihatan. Sampel kajian terdiri daripada 75 orang guru pendidikan khas yang mengajar murid pendidikan khas bermasalah penglihatan di tujuh buah sekolah rendah dan menengah pendidikan khas dan program integrasi di Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik yang telah dibina sendiri oleh penyelidik. Ia mengandungi lima bahagian utama. Nilai kebolehpercayaannya ialah pada Alfa Cronbach a = .936. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package For Social Science for Windows (SPSS) versi 15.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian ANOVA satu hala dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati, tidak terdapat perbezaan yang signiftkan di antara demograft yang meliputi tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri kursus dengan tahap kesediaan guru yang meliputi aspek pengetahuan, kemahiran komputer dan sikap. Dapatan kajian juga mendapati, terdapat hubungan yang signiftkan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan literasi komputer kepada murid pendidikan khas bermasalah penglihatan. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan guru pendidikan khas dari aspek pengetahuan, kemahiran komputer dan sikap berada pada tahap sederhana.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Tahap kesediaan guru pendidikan khas, Pengetahuan, Kemahiran komputer, Sikap, Pelaksanaan literasi komputer kepada murid pendidikan khas bermasalah penglihatan
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV697-4959 Protection, assistance and relief > HV697-3024 Special classes > HV1551-3024 People with disabilities: Including blind, deaf, people with physical and mental disabilities
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Nov 2025 10:20
Last Modified: 07 Nov 2025 10:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45657

Actions (login required)

View Item View Item