Hubungkait antara sokongan psikologi dan profesional pengetua dengan efikasi guru dalam pengajaran

UNSPECIFIED (2008) Hubungkait antara sokongan psikologi dan profesional pengetua dengan efikasi guru dalam pengajaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (913kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara persepsi guru terhadap sokongan psikologi dan profesional pengetua dengan efikasi guru dalam pengajaran. Kajian juga mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap sokongan psikologi dan profesional pengetua dan efikasi guru dalam pengajaran mengikut kategori sekolah, jantina, pengalaman m'=ngajar dan bidang mata pelajaran. Tahap persepsi guru terhadap sokongan psikologi dan profesional pengetua dan tahap efikasi guru dalam pengajaran turut dilaporkan dalam kajian ini. Kajian ini tel ah dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 334 orang guru dalam Gabungan Kota Kinabalu, Sabah. Persampelan dilakukan berdasarkan persampelan berstrata dan rawak. Data yang dikutip telah dianalisa dengan SPSS versi 15.0 menggunakan analisis statistik deskriptif Seperti mencari kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan analisis statistik inferensi seperti ujian-t (bebas), ujian ANOVA sehala dan ujian korelasi pearson. Kajian ini mendapati bahawa persepsi guru terhadap sokongan psikologi dan sokongan profesional pengetua hanya pada tahap sederhana dan tahap efikasi guru dalam pengajaran juga pada tahap sederhana. Dapatan juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap sokongan psikologi dan profesional pengetua di sekolah kategori bandar dan sekolah kategori luar bandar. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk efikasi guru dalam pengajaran mengikut demografi. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan (r=.182, p=.01) antara persepsi guru terhadap sokongan psikologi pengetua (M=4.12, SD=.82) dengan efikasi guru dalam pengajaran (M=4.37, SD=.52). Begitu juga, terdapat hubungan yang signifikan (r=.247, p=.000) antara persepsi guru terhadap sokongan profesional pengetua (M=4.34, SD=.84) dengan efikasi guru dalam pengajaran (M=4.37, SD=.52). Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbangkan kepada kajian-kajian untuk mengenal pasti sumber informasi yang boleh menyumbang kepada peningkatan efikasi guru di masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Efikasi guru, Sokongan pengetua, Sokongan psikologi, Sokongan profesional, Persepsi guru, Kepimpinan pendidikan, Sekolah menengah, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Nov 2025 10:20
Last Modified: 07 Nov 2025 10:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45658

Actions (login required)

View Item View Item