Perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan dalam kalangan keluarga etnik Rungus di Sabah

Norhamidah Jarimal @ Safri (2009) Perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan dalam kalangan keluarga etnik Rungus di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (967kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan keluarga etnik Rungus di daerah Kudat dan Bandaraya Kata Kinabalu, Sabah. Seramai 243 responden lelaki dan perempuan (111 kawasan bandar dan 132 luar bandar) yang mempunyai anak berumur 7 hingga 17 tahun dan tinggal dalam keluarga yang lengkap telah dijadikan responden kajian. Pendekatan kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik Economic Strain Questionnaire (ESQ) bagi mengukur kesulitan ekonomi, Kansas Marital Satisfaction Scale (KMS) dan Dyadic Adjustment Scale (DAS) mengukur kualiti perkahwinan dan Parents Report (PR) mengukur tingkah laku keibubapaan. Secara keseluruhannya, hasil kajian rnenunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kesulitan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan. Selain itu, didapati kesulitan ekonomi dan kualiti perkahwinan memberikan pengaruh ke atas tingkah laku keibubapaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kesulitan ekonomi, Kualiti perkahwinan, Tingkah laku keibubapaan, Etnik Rungus, Keluarga, Kudat, Kota Kinabalu, Sabah, Sosioekonomi, Kesejahteraan keluarga
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ755.7-759.92 Parents. Parenthood Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Nov 2025 10:20
Last Modified: 07 Nov 2025 10:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45659

Actions (login required)

View Item View Item