Pendekatan metodologi syarah hadith dalam kitab-kitab syarah Jāmi’ al-Tirmizī: Satu kajian perbandingan

Dzulfaidhi Hakimie Dzuilraid and Mohd Solleh Ab Razak and Amir Asyraf Rushihi (2025) Pendekatan metodologi syarah hadith dalam kitab-kitab syarah Jāmi’ al-Tirmizī: Satu kajian perbandingan. ULUM ISLAMIYYAH The Malaysian Journal of Islamic Sciences, 37 (2). pp. 42-53. ISSN 1675-5936

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (556kB) | Request a copy

Abstract

Al-Jāmi’ merupakan karya magnum opus al-Tirmizī yang terkenal dan mendapat perhatian ramai ulama Islam sehingga banyak karya-karya syarah Jāmi’ al-Tirmizī telah diterbitkan. Metodologi yang digunakan dalam kitab-kitab syarah Jāmi’ al-Tirmizī merupakan satu bidang kajian penting dalam ilmu hadith, namun masih kurang diterokai sepenuhnya. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengisi kekosongan tersebut dengan meneliti pendekatan metodologi yang digunakan oleh beberapa kitab syarah terpilih terhadap Jāmi’ al-Tirmizī. Penyelidikan ini menumpukan kepada mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam kaedah interpretasi mereka serta bagaimana metodologi ini mempengaruhi pemahaman dan aplikasi hadith berdasarkan asas dan disiplin ilmu syarh al-hadīth. Pendekatan kualitatif digunakan, dengan analisis dokumentasi sebagai kaedah utama pengumpulan data dan analisis kandungan sebagai metode analisis data. Tiga kitab syarah dijadikan sebagai subjek kajian iaitu Tuhfat al-Ahwazī, Qūt al-Mughtazī dan ‘Āridah al-Ahwazī. Hasil kajian mendapati terdapat variasi ketara dalam pendekatan yang digunakan oleh para pensyarah, mencerminkan kepelbagaian perspektif ilmiah dalam tafsiran hadith. Kajian ini menyumbang kepada wacana yang lebih luas mengenai metodologi hadith dengan menekankan kepentingan memahami perbezaan metodologi ini. Justeru itu, dicadangkan agar kajian lanjutan dijalankan untuk meneroka metodologi karya-karya syarah hadith terpilih dalam kitab hadith yang lain pula seperti Sunan al-Nasā’ī dan sebagainya agar perbincangan hadith terus marak.

Item Type: Article
Keyword: Al-Jāmi’, al-Tirmizī, ilmu syarh al-hadīth, kitab syarah, metodologi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP100-(157) Sacred books > BP100-134 Koran > BP130-134 Works about the Koran
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP188-190 Islamic religious life > BP188.45-189.65 Sufism. Mysticism. Dervishes
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 07 Nov 2025 10:21
Last Modified: 07 Nov 2025 10:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45662

Actions (login required)

View Item View Item