Rahman Ramli (2008) Hubungan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan bumiputera dengan pencapaian mata pelajaran Sejarah di Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (2MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (14MB) |
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan bumiputera dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu. Kepentingan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar memang tidak perlu dinafikan memandangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara ini. Lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar bukan bumiputera berdasarkan faktor demografi dan persekitaran mereka yang kurang mempratikkan penggunaan bahasa Melayu. Usaha kerajaan untuk mengangkat martabat bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa program yang telah diketengahkan dalam sistem pendidikan di negara ini misalnya program "Bahasa Merentasi Kurikulum" dan slogan "Bahasa adalah jiwa bangsa" bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi yang akan menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Penyelidik telah memilih beberapa buah sekolah yang mempunyai ramai pelajar bukan bumiputera untuk diambil sebagai responden. Waiau bagaimanapun, untuk kajian ini penyelidik hanya mengambil 58 orang pelajar daripada tiga buah sekolah. Penyelidik juga telah menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan maklumat kajian. Penyelidik telah mengunakan SPSS ( Statistik for Sosial Sience Versi 13.0 ) untuk memproses maklumat. Penyelidik cuba mengupas beberapa persoalan dalam aspek penguasaan bahasa Melayu misalnya penguasaan lisan, tatabahasa, tulisan dan bacaan dan hubungannya dengan pencapaian dalam sejarah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar bukan bumiputera di daerah Kota Kinabalu mempunyai tahap penguasaan bahasa Melayu yang baik samada dalam aspek lisan. tatabasa, tulisan dan bacaan berdasarkan min yang diperolehi ( > 3.00 ). Dapatan ini sudah tentu memberikan gambaran positif terhadap perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Satu kajian lanjut mungkin boleh dilakukan pada masa akan datang untuk menilai tahap penguasaan bahasa Melayu misalnya dan hubungannya dengan tahap patriotisme di kalangan pelajar bukan bumiputera. Kajian-kajian secara ilmiah sudah tentu akan dapat membantu memartabatkan bahasa Melayu pada masa akan datang.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Bahasa Melayu, Penguasaan bahasa, Pelajar bukan bumiputera, Pencapaian akademik, Mata pelajaran Sejarah, Sekolah menengah, Kota Kinabalu |
| Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:01 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:01 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45697 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

