Noraini Zulkifli and Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan (2025) Terumbu perahu dan dinamika kuasa di Laut China selatan: Implikasi strategik terhadap Asean dan kedaulatan Maritim. Asian Journal of Law and Governance, 7 (3). 11 -21.
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (324kB) | Request a copy |
Abstract
Laut China Selatan kekal sebagai medan geopolitik yang dipertikaikan, mencerminkan persaingan tuntutan maritim serta kepentingan strategik pelbagai negara pesisir. Kajian ini mengupas secara komparatif strategi maritim China, Filipina dan Vietnam dalam menangani pertikaian wilayah, dengan fokus kepada insiden Terumbu Perahu sebagai titik analisis utama. Melalui pendekatan kualitatif berasaskan analisis kandungan dokumen rasmi, laporan dasar dan penulisan akademik, kajian ini menilai corak tindakan strategik, penglibatan aktor luar seperti Amerika Syarikat, serta kesan geopolitik terhadap kedaulatan negara tuntutan dan kestabilan serantau. Hasil kajian menunjukkan bahawa China menerapkan pendekatan ‘grey zone’ secara konsisten menegaskan tuntutan dan membina kehadiran tanpa mencetuskan konflik bersenjata secara terbuka. Filipina pula menggabungkan simbolisme nasional, kerjasama strategik dengan kuasa luar dan pengukuhan pertahanan maritim sebagai strategi peneguhan kedaulatan. Vietnam mengekalkan pendirian berhati-hati namun tegas melalui pendekatan diplomatik dan pembangunan infrastruktur laut. Insiden Terumbu Perahu memperlihatkan ketegangan berterusan antara negara tuntutan, memperkukuh keperluan kepada mekanisme serantau yang lebih responsif dan kredibel dalam menjamin kestabilan maritim. Kajian ini menyorot dinamika kuasa dan ketahanan maritim negara-negara pesisir serta menyerlahkan kepentingan pengukuhan peranan institusi serantau seperti ASEAN dalam mengurus konflik wilayah yang kian rumit. Dapatan ini menawarkan sumbangan analitikal terhadap pembangunan dasar keselamatan serantau dan pemahaman strategik terhadap cabaran kedaulatan maritim dalam landskap geopolitik Asia Tenggara.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | China, Filipina, Laut China Selatan, Terumbu Perahu, Vietnam |
| Subjects: | J Political Science > JZ International relations > JZ5-6530 International relations > JZ1305-2060 Scope of international relations. Political theory. Diplomacy Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General) > QH1-(199.5) General Including nature conservation, geographical distribution |
| Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:02 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:02 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45702 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

