Romie Boliku (2008) Program nilam dan minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Tamparuli. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (976kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan aktiviti galakan membaca NILAM yang dijalankan di sekolah rendah dan peranan guru dalam Program NILAM. Kajian ini juga mengenal pasti minat membaca dan penglibatan murid dalam aktiviti galakan membaca NILAM, hubungan minat membaca dengan penglibatan murid dalam aktiviti NILAM dan perbezaan penglibatan murid dalam aktiviti NILAM mengikut jenis sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada 34 orang guru dan 48 orang murid. Data dianalisis menggunakan Perisian SPSS versi 12.0. Analisis statistik yang digunakan ialah kekerapan, min dan sisihan piawai. Korelasi Pearson dan ujian-t digunakan untuk melihat hubungan dan perbezaan yang signifikan antara pembolehubah. Kekerapan aktiviti galakan membaca NILAM dijalankan di sekolah rendah adalah sederhana. Dapatan kajian menunjukan peranan guru dalam aktiviti galakan membaca NILAM adalah tinggi. Manakala minat membaca murid juga adalah tinggi. Dapatan kajian ini mendapati penglibatan murid dalam aktiviti galakan membaca NILAM pada tahap sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara minat membaca dengan penglibatan murid dalam aktiviti galakan membaca NILAM. Dapatan kajian juga menunjukan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penglibatan dalam kalangan murid sekolah rendah terhadap aktiviti galakan membaca NILAM mengikut jenis sekolah.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:03 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:03 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45703 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

