Sabarina Ismail (2008) Tahap kemahiran teknologi komputer dan tahap pengintegrasian teknologi komputer dalam kalangan guru sains di sekolah menengah daerah Tamparuli, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (13MB) |
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap kemahiran teknologi komputer dan tahap pengintegrasian teknologi komputer dalam kalangan guru Sains di sekolah menengah di daerah Tamparuli. Seramai 60 responden daripada 4 buah sekolah menengah di daerah T amparuli telah mengambit bahagian dalam kajian ini. Kaedah kajian adalah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti mencari kekerapan, peratusan, min, ujian ANOVA Satu-Hala. Pearson. ANOVA Satu-Hala diguna.kan untuk mencan pefbezaan min tahap kemahiran teknologi komputer dengan tahap pengintegrasian teknologi komputer berdasarkan pengalaman mengajar guru. Pekali Pearson digunakan untuk mencari hubungan tahap kemahiran teknologi komputer dengan tahap pengintegrasian teknologi komputer. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran teknologi komputer guru bagi MSWord. database. multimedia, perhubungan berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala tahap kemahiran bagi hamparan data dan MSPower Point berada pada tahap tinggi, tetapi bagi tahap kemahiran dalam penyelesaian masalah berada pada tahap rendah. Dapatan kajian bag1 tahap pengintegrasian teknologi komputer responden dalam MSWord berada pada tahap tinggi. Manakala bagi tahap pengintegrasian dalam data berada pada tahap sederhana. Namun, tahap pengintegrasian dalam multimedia, perhubungan dan penyelesaian masalah adalah pada tahap yang rendah. Ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signffikan antara ta hap kemahiran teknologi komputer dalam hamparan data [F(2,57)=11.637**,k<0.01 J, database [F(2,57)=4. 775*,k<0.05], MSPower Point (F(2,57)=8.479tt-,k<0.01], multimedia [F(2,57)=5.49T-,k<0.01), perhubungan [F(2,57)=6.025**,k<0.01] dan penyelesaian masatah [F(2,567)=17.194**,k<0.01] tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran dalam MSWord berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengintegrasian teknologi komputer dalam data [F(2,57)=7.027**,k<0.01] berdasarkan pengalaman mengajar, tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengintegrasian teknologi komputer dalam MSWord, multimedia, perhubungan dan penyelesaian masalah dengan pengalaman mengajar. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif sederhana bagi tahap kemahiran dengan tahap pengintegrasian teknologi komputer dalam data (r=0.485**,k<0.01), multimedia (r=0.413 ... ,k<0.01), perhubungan (r=0.452**,k<0.01) dan penyelesaian masalah (r=0.450,Hr,k<0.01). Tetapi wujud hubungan positif yang lemah bagi tahap kemahiran dengan tahap pengintegrasian teknologi komputer dalam MSWord (r=0.275*,k<0.05). Pengkaji mencadangkan supaya suatu piawaian terhadap tahap kemahiran teknologi komputer yang boleh diguna pakai oleh guru-guru di Mafaysia untuk membantu guru-guru membuat semakan kemahiran teknologi komputer kendiri. Sebagai contoh piawaian teknologi oleh lnternationat Society For Technology Education boleh dirujuk tetapi hendaklah diubah suai mengikut acuan di Malaysia. Oicadangkan juga semua bilik darjah hendaklah mesra teknologi bagi imemudahkan para guru menginteg.rasikan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekaligus dapat meningkatkan tahap pengintegrasian teknologi komputer dalam pengajaran dan pembefajaran.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Kemahiran teknologi komputer, Pengintegrasian teknologi komputer, Guru Sains, Sekolah menengah, Tamparuli |
| Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK1-9971 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > TK5101-6720 Telecommunication Including telegraphy, telephone, radio, radar, television |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:03 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:03 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45706 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

