Sarifah Abdullah (2007) Persepsi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah kebangsaan Weston, Beaufort, terhadap penggunaan akhbar dan majalah dalam penulisan karangan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan akhbar dan majalah dalam penulisan karangan bagi pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Weston, Beaufort, Sabah. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan Empat yang terdiri daripada pelajar aliran sains dan sastera telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini dipersembahkan secara deskriptif atau huraian. Data dan maklumat diperoleh melalui borang soal selidik.Data dianalisis dengan menggunakan program II Statistical Package for Social Science 11 (SPSS), iaitu analisis statistik pekali korelasi Pearson dan Spearman Rho. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan wujud respon positif terhadap kesesuaian penggunaan akhbar dan majalah, iaitu sebanyak 86.6% responden berpendapat akhbar dan majalah sesuai digunakan sebagai bahan rujukan dalam penulisan karangan. Sebanyak 96.7% responden bersetuju bahawa akhbar dan majalah memberi pendedahan dalam aspek ejaan dan perkataan baru, manakala sebanyak 80% responden bersetuju bahawa akhbar dan majalah dapat menunjukkan ketepatan dan kepelbagaian struktur ayat. Analisis secara korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan akhbar dan majalah dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan dengan nilai r = .370, p <.05. Hubungan yang signifikan juga dapat dilihat antara penggunaan akhbar dan majalah dengan kemahiran menulis struktur ayat iaitu dengan nilai r = .441, p <.05. Dapatan mengenai sikap dan persepsi pelajar terhadap penggunaan akhbar dan majalah juga mendapati sebanyak 63.3% menyatakan bahawa mereka gemar dan kerap merujuk akhbar dan majalah dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran menulis isi, memperbaiki struktur ayat dan ejaan dalam penulisan karangan. Justeru itu, adalah dicadangkan agar penggunaan akhbar dan majalah dapat diperluas di peringkat sekolah terutamanya dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Mereka perlu didedahkan dengan pengetahuan tentang penggunaan akhbar dan majalah melalui bengkel-bengkel atau seminar pengurusan alat bantu mengajar. Pihak sekolah pula diharapkan dapat mengambil inisiatif dengan cara melanggan akhbar dan majalah agar semua pelajar mendapat faedah daripadanya. Walaupun pelbagai teknologi berdasarkan komputer digunakan ketika ini, fungsi akhbar dan majalah sebagai sumber maklumat masih sesuai, dan jika dimanfaatkan sepenuhnya mampu meningkatkan pengetahuan pelajar dalam subjek yang dipelajari.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Persepsi pelajar, Akhbar dan majalah, Penulisan karangan, Bahasa Melayu, Sekolah menengah, Beaufort |
| Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:06 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:06 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45708 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

