Punca dan kekerapan salah laku disiplin murid dalam bilik darjah sekolah rendah kem tentera di negeri Sabah

Siti Rashidah Jamal (2008) Punca dan kekerapan salah laku disiplin murid dalam bilik darjah sekolah rendah kem tentera di negeri Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti punca dan kekerapan salah laku di bilik darjah bagi murid sekolah rendah dalam kem tentera. Kajian ini menganalisis dan mengenal pasti punca salah laku di bilik darjah berdasarkan faktor guru, faktor keluarga dan faktor murid. Kekerapan salah lal<u juga dikenal pasti berdasarkan tahap salah laku. Perbezaan dan hubungan punca salah laku dengan kekerapan salah laku di bilik darjah dilihat berdasarkan demografi murid iaitu kategori (antara anak tentera dengan anak awam) dan berdasarkan jantina. Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan di antara punca salah laku dengan kekerapan salah laku disiplin di bilik darjah. Pengaruh punca terhadap salah laku juga dikenal pasti menggunakan regresi. Kajian ini dijalankan di semua sekolah rendah dalam kem tentera di ne:geri Sabah iaitu sebanyak empat buah sekolah. SebaP.yak 110 sarnpel telah diuji. Berdasarkan analisa punca salah laku disiplin yang diuji secara deskriptif mendapati faktor murid (diri sendiri dan rakan sebaya) menjadi punca utama (M=2.96;SP=.49), faktor guru (M=2.82;SP=.49) dan faktor keluarga (M=2.62;SP=.53). Ketiga-tiga punca pada tahap sederhana. Murid lebih condong menyalahkan diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya sebagai punca salah laku disiplin di bilik darjah. Ujian-t digunakan untuk menguji sampel tidak bersandar yang hasilnya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berk.aitan punca salah laku dan kekerapan salah laku disiplin yang dilakukan baik di antara anak tentera dengan anak awam mahupun berdasarkan jantina. Hubungan punca salah laku dengan kekerapan salah laku di bilik darjah pula didapati mempunyai hubungan positif yang signifikan. Menggunakan regresi pula, dapatan yang diperolehi ialah terdapat pengaruh yang signifikan dalam aspek faktor murid terhadap salah laku disiplin di bilik darjah. Secara keseluruhannya, faktor murid, faktor guru dan faktor keluarga tetap menjadi punca kepada salah laku disiplin di bilik darjah walau pun pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya dari segi punca salah laku disiplin di bilik darjah sekolah rendah di dalam kem tentera, faktor murid perlu diberi lebih keutamaan dalam melakukan mengawal tingkah laku, manakala dari segi kekerapan salah laku disiplin di bilik darjah pula, murid lelaki perlu diberi lebih perhatian dan lebih kawalan dalam usaha menangani salah laku disiplin di bilik darjah sekolah rendah di dalam kem tentera. Malahan faktor murid juga didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap salah laku disiplin di bilik darjah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Salah laku murid, Disiplin bilik darjah, Faktor murid, guru dan keluarga, Anak tentera dan anak awam, Sekolah rendah, Kajian kuantitatif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Nov 2025 12:08
Last Modified: 11 Nov 2025 12:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45712

Actions (login required)

View Item View Item