Veronica Lawrence (2008) Hubungan persekitaran pembelajaran dan pengajaran matematik pelajar di sekolah rendah luar bandar daerah Tambunan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) |
Abstract
Kajian ini membincangkan persekitaran pembelajaran bilik darjah di sekolah rendah luar bandar Tambunan dan hubungannya dengan pencapaian Matematik. Sampel terdiri daripada 282 pelajar sekolah rendah di empat buah sekolah luar bandar. Persepsi persekitaran pembelajaran bilik darjah ditaksir dengan versi My Class Inventory (MCI) dengan 38-item dan pencapaian Matematik ditaksir dengan Ujian Matematik. Pengukuran MCI telah ditetjemah ke Bahasa Malaysia dan diubahsuai mengikut konteks negara Malaysia. Kajian ini mendapati kebolehpercayaan alpha cronbach lima-skala MCI adalah 0.67 untuk Skala Kepuasan, 0.67 untuk Skala Perselisihan, 0. 77 untuk Skala Persaingan, 0.63 untuk Skala Kesukaran dan 0. 72 untuk Skala Kesepaduan. Skar min dijana daripada data untuk menerangkan persekitaran bilik darjah Matematik. Perbezaan persekitaran pembelajaran di kalangan pelajar mengikut jantina ditinjau dengan menggunakan Ujian-t. Perbezaan pencapaian Matematik di kalangan pelajar mengikut jantina pula ditinjau melalui kekerapan dan peratus. Secara keseluruhannya, kajian ini mencadangkan persepsi pelajar persekitaran pembelajaran adalah kurang positif di kelas-kelas Matematik. Kajian ini juga menyokong kajian terdahulu yang mencadangkan lelaki dan perempuan mempunyai persepsi berbeza pada persekitaran bilik datjah yang sama. Hubungan bagi setiap skala persekitaran pembelajaran dan pencapaian murid ditinjau dengan menggunakan Ujian Korelasi Pearson. Hubungan antara ska la kepuasan dan persaingan adalah positif secara signifikan tetapi adalah negatif secara signifikan dengan skala perselisihan dalam persekitaran pembelajaran. Selain itu, hubungan antara skala perselisihan adalah positif secara signifikan dengan skala persaingan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Persekitaran pembelajaran, Bilik darjah, Pencapaian Matematik, Sekolah rendah luar bandar, Tambunan, My Class Inventory |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:09 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:09 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45718 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

