Azman Ab Rahman and Muhammad Azhad Al-Bohari and Siti Nurhafizan Panglima and Ahmad Muhasim and Abubacarr Barrow (2025) Mekanisma dan analisis skim agihan zakat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengikut Maqasid syariah. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 30. pp. 163-175. ISSN 2232-1047
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (570kB) | Request a copy |
Abstract
Zakat merupakan mekanisme utama dalam memperkukuh keberdayaan ummah serta mengurangkan jurang kemiskinan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai dalam memenuhi keperluan asnaf berdasarkan maqasid syariah yang merangkumi pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Kajian ini akan membincangkan konsep maqasid syariah menurut sarjana Islam dan menganalisis skim agihan zakat yang disediakan kepada asnaf yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdasarkan maqasid syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temubual. Hasil kajian mendapati bahawa skim-skim agihan zakat yang disediakan di UKM memenuhi setiap aspek maqasid syariah. Namun, penilaian semula disarankan bagi memastikan skim-skim tersebut disusun mengikut keutamaan lima prinsip utama maqasid syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi menilai setiap skim yang disediakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain bagi memenuhi tuntutan maqasid syariah yang ditekankan dalam ajaran Islam. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan bagi IPT di setiap negeri dalam melaksanakan sistem pengagihan zakat secara lebih cekap, sistematik, dan berkesan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Skim Agihan Zakat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Maqasid Syariah |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP176-181 The five duties of a Moslem. Pillars of Islam Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA801-939 Analytic mechanics |
| Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:15 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:15 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45721 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

