Persepsi hutang dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah: Implikasi terhadap tingkah laku kewangan

Masnih Mustapa and Nur Ilma Ambo and Dg Syahirah Nasuha Nurshid (2025) Persepsi hutang dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah: Implikasi terhadap tingkah laku kewangan. Advanced International Journal of Business, Entrepreneurship and SME's (AIJBES), 7. pp. 286-302.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Kemelut hutang dalam kalangan pelajar universiti kian menjadi isu yang berupaya menjejaskan kestabilan kewangan belia pada masa hadapan. Kajian ini meneliti persepsi hutang dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan memberi tumpuan terhadap tahap pengetahuan kewangan dan perbezaan jantina. Reka bentuk kuantitatif melibatkan 125 responden dari pelbagai fakulti di UMS yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Analisis deskriptif dan ujian-t bebas (Independent Samples t-test) digunakan untuk menilai perbezaan tahap pengetahuan hutang antara pelajar lelaki dan perempuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa rata-rata pelajar berada pada tahap pengetahuan hutang sederhana tinggi, terutamanya berkenaan faedah pinjaman, risiko kebankrapan dan keberkesanan perkhidmatan institusi kewangan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Menariknya, tiada perbezaan signifikan ditemui antara pelajar lelaki dan perempuan, sekali gus menyokong hipotesis nol bahawa faktor jantina bukanlah penentu utama literasi kewangan. Walau bagaimanapun, dapatan ini turut mendedahkan kekurangan pemahaman tentang implikasi jangka panjang hutang kad kredit, khususnya berkenaan faedah kompaun dan penalti kelewatan pembayaran. Implikasi teori menyarankan bahawa sokongan awal melalui pendedahan konsep kewangan dan pembentukan sikap berhati-hati dapat memupuk pengurusan hutang lebih berhemat, selari dengan penekanan teori kewangan tingkah laku. Di peringkat praktikal, inisiatif holistik seperti modul kewangan dalam kurikulum universiti, ceramah pakar dan program bimbingan individu perlu dipergiat untuk menambah baik tahap literasi kewangan pelajar. Hasil dapatan ini diharap dapat menjadi asas bagi merangka strategi pengurusan hutang yang mapan, sekali gus mengurangkan risiko ketidakstabilan kewangan golongan belia. Dapatan kajian menegaskan kepentingan literasi kewangan awal dalam membangun masyarakat belia yang berdaya tahan.

Item Type: Article
Keyword: Persepsi Hutang, Tingkah Laku Kewangan, Pelajar Universiti, Literasi Kewangan
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > HG1-9999 Finance > HG179 Personal finance
H Social Sciences > HG Finance > HG1-9999 Finance > HG4001-4285 Finance management. Business finance. Corporation finance
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 08 Dec 2025 16:11
Last Modified: 08 Dec 2025 16:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45751

Actions (login required)

View Item View Item