Abdul Saleh Bin Mohd Salleh (2009) Hubungan antara retrosfaktif sikap pelajar terhadap subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan aspirasi amalan membina negara bangsa. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (10MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan dan perbezaan mengikut jantina mengenai retrosfaktif sikap pelajar terhadap subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dengan aspirasi amalan membina Negara Bangsa. Responden kajian berjumlah 371 orang dengan lelaki 182 orang (49.l %) dan perempuan 189 orang (51.9%) dalam kalangan pelajar lingkatan Lima di 6 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Semporna. Kaedah persampelan rawak mudah berlapis dengan berkadar digunakan. Tahap kebolehpercayaan instrumen kajian sederhana tinggi dengan nilai pekali Cronbach Alpha 0.827 bagi retrosfaktif sikap dan 0.825 bagi aspirasi amalan. Hipotesis pertama dapatan perbezaan menggunakan ujian MannWithney U mendapati nilai kebarangkalian ialah 0.036 kecil daripada nilai alpha 0.05, maka hipotesis nol ditolak. Terdapat bukti-bukti kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek retrosfaktif sikap terhadap subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan antara pelajar lelaki dengan perempuan. Nilai min pangkatan perempuan menunjukkan 197 .45 berbanding lelaki dengan 174.11. Hipotesis kedua pula mendapati nilai kebarangkalian ialah 0.002 kecil daripada nilai alpha 0.05 maka hipotesis nol ditolak. Terdapat bukti-bukti kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek aspirasi amalan membina Negara Bangsa antara pelajar lelaki dengan perempuan. Nilai min pangkatan perempuan ialah 203.03 berbanding lelaki dengan 168.32. Hipotesis ketiga dapatan ujian korelasi menggunakan Spearman Rho mendapati nilai kebarangkalian ialah 0.000 kecil daripada nilai alpa 0.05, maka hipotesis nol ditolak. Terdapat bukti-bukti kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara retrosfaktif sikap terhadap subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dengan aspirasi amalan membina Negara Bangsa dalam kalangan pelajar Tingkatan Lima. Nilai r bagi koefisien korelasi ialah .467 menunjukkan bentuk hubungan linear positif dengan kekuatan hubungan yang lemah.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Retrospektif, Pendidikan sivik, kewarganegaraan, Negara bangsa, Semporna |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | RAZALINAH BINTI DARAIM - |
| Date Deposited: | 15 Dec 2025 15:59 |
| Last Modified: | 15 Dec 2025 15:59 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45770 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

