Aktar Bin Asil (2009) Hubungan antara motif belajar dengan motivasi belajar di kalangan pelajar PLUMS Sandakan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) |
Abstract
Kajian ini meninjau pandangan guru yang belajar di PLUMS Sandakan berkaitan dengan hubungan antara motif belajar dengan motivasi belajar di kalangan pelajar PLUMS Sandakan. Kajian ini melibatkan 92 orang pelajar PLUMS Sandakan sebagai sampel dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Semua data dianalisis menggunakan pakej SPSS versi 16.0. Sub pemboleh ubah seperti faktor gaji, faktor kenaikan pangkat, faktor minat dan faktor dorongan keluarga dianalisis menggunakan analisis frekuensi melalui kekerapan dan peratus. Hipotesis kajian dianalisis menggunakan analisis inferensi melalui korelasi Pearson. Setelah dianalisis menggunakan kekerapan dan peratus didapati bahawa semua pemboleh ubah yang diuji mencatat peratus kekerapan yang tinggi dalam skala setuju dan sangat setuju. laitu faktor gaji = 87%, faktor kenaikan pangkat = 70%, faktor minat = 72% dan faktor dorongan keluarga = 57%. Dapatan analisis korelasi juga menunjukkan penolakan keempat-empat hipotesis kajian kerana dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara dua pemboleh ubah. Penolakan H01 kerana terdapat hubungan yang signifikan antara faktor gaji dengan motivasi belajar pada eras yang lemah (pekali r = .360 .. ), penolakan H02 kerana terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kenaikan pangkat dengan motivasi belajar pada aras yang lemah (pekali r = .4n .. , penolakan H03 kerana terdapat hubungan yang signifikan antara faktor minat dengan motivasi belajar pada aras yang sederhana (lpekali r = .540 .. ) dan penolakan H04 kerana . terdapat hubungan antara faktor dorongan keluarga dengan motivasi belajar pada aras yang lemah (pekali r = .373 .. ). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motif belajar dengan motivasi belajar di kalangan pelajar PLUMS Sandakan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Motif belajar, Motivasi belajar, Pelajar PLUMS Sandakan |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | RAZALINAH BINTI DARAIM - |
| Date Deposited: | 16 Dec 2025 13:57 |
| Last Modified: | 16 Dec 2025 13:57 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45775 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

