Transformasi pembelajaran melalui gamifikasi: Kajian keberkesanan terhadap motivasi dan pencapaian akademik pelajar CTU101

Masnih Mustapa and Nurilma Ambo (2025) Transformasi pembelajaran melalui gamifikasi: Kajian keberkesanan terhadap motivasi dan pencapaian akademik pelajar CTU101. Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 12 (3). pp. 1-13.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (436kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meneliti keberkesanan modul gamifikasi dalam meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik pelajar universiti dalam subjek CTU101. Pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan tinggi telah mewujudkan keperluan untuk menilai semula kaedah pengajaran konvensional, terutamanya bagi kursus berbentuk teori seperti Pengajian Islam. Berasaskan Teori Motivasi Kendiri (Deci & Ryan, 2000), pendekatan gamifikasi berpotensi merangsang penglibatan aktif pelajar melalui elemen autonomi, kecekapan dan keterhubungan sosial. Kajian ini melibatkan seramai 67 pelajar UiTM Sabah yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata. Data dikumpul menerusi soal selidik berskala Likert 5 mata bagi mengukur tahap motivasi, manakala pencapaian akademik dinilai berdasarkan markah peperiksaan pertengahan semester. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan modul berada pada tahap rendah (min = 1.59, sp = 0.77); namun begitu, kesemua pelajar (100%) berjaya lulus subjek CTU101. Analisis menunjukkan tiada hubungan signifikan antara penggunaan gamifikasi dan pencapaian akademik (p > 0.05). Keputusan ini mencadangkan perlunya integrasi elemen gamifikasi dengan strategi pembelajaran aktif seperti pembelajaran berasaskan masalah untuk memastikan peningkatan motivasi dapat diterjemahkan kepada pencapaian akademik yang berkekalan. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan metodologi pengajaran dalam pendidikan Islam digital, sekali gus membuka ruang untuk penyelidikan lanjutan mengenai keberkesanan jangka panjang gamifikasi dalam konteks pengajian tinggi.

Item Type: Article
Keyword: Gamifikasi, motivasi, pencapaian akademik, pendidikan Islam, teknologi digital
Subjects: L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 06 Jan 2026 11:34
Last Modified: 06 Jan 2026 11:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45781

Actions (login required)

View Item View Item