Mohd Hatib Ismail and Siti Rohani Jasni (2025) Pendekatan pengajaran interaktif terhadap pelajar kursus falsafah dan isu semasa.
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (300kB) | Request a copy |
Abstract
Pengenalan kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) di universiti awam merupakan satu langkah strategik ke arah melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki keupayaan pemikiran kritis, kesedaran sosial, dan nilai-nilai murni dalam pembinaan masyarakat yang harmoni serta berdaya saing. Kursus ini merupakan kursus wajib universiti yang perlu diambil oleh semua pelajar prasiswazah sebagai salah satu syarat bergraduasi. Pengajaran kursus FIS lazimnya dilaksanakan dalam bentuk kuliah berskala besar yang melibatkan lebih daripada seratus pelajar dalam satu sesi, sekali gus menimbulkan cabaran kepada pensyarah untuk memastikan penglibatan aktif pelajar sepanjang sesi pengkuliahan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan pendekatan pengajaran alternatif yang bersifat interaktif dan menarik melalui aktiviti permainan menggunakan platform digital Quizizz. Kajian ini melibatkan seramai 149 orang pelajar dan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik sebagai instrumen utama. Hasil analisis deskriptif menunjukkan peningkatan yang ketara dalam aspek motivasi, keyakinan, dan keterlibatan pelajar terhadap proses pembelajaran. Dapatan ini menyokong penggunaan strategi pengajaran interaktif sebagai pendekatan yang berkesan dalam kursus FIS. Kajian mencadangkan agar pendekatan ini diperluaskan pelaksanaannya bagi mempertingkat kualiti pengalaman pembelajaran dalam konteks pendidikan tinggi.
| Item Type: | Proceedings |
|---|---|
| Keyword: | Falsafah dan Isu Semasa, kursus wajib, pengajaran interaktif, gamifikasi, penglibatan pelajar |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BD Speculative philosophy > BD10-701 Speculative philosophy > BD300-450 Ontology Including being, the soul, life, death L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education |
| Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 10 Jan 2026 16:01 |
| Last Modified: | 10 Jan 2026 16:01 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45832 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

