Penerapan amalan gamifikasi dalam pembelajaran konsep asas pola kata arab

Siti Rohani Jasni and Mohd Hatib Ismail and Mohd Taqwudin Mohd Yazid and Noorafini Kassim (2025) Penerapan amalan gamifikasi dalam pembelajaran konsep asas pola kata arab.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (344kB) | Request a copy

Abstract

Penguasaan terhadap struktur binaan kata dalam bahasa Arab merupakan asas penting dalam memperkaya perbendaharaan kosa kata dan meningkatkan kecekapan berbahasa. Pengetahuan yang mendalam terhadap sistem pola kata membolehkan pelajar mengenal pasti bentuk, makna dan fungsi sesuatu perkataan dengan lebih tepat. Walau bagaimanapun, sistem pembentukan kata Arab yang bersifat kompleks sering menjadi halangan utama dalam penguasaan bahasa Arab khususnya dalam kalangan penutur bukan natif. Kesukaran ini lebih ketara apabila kaedah pengajaran yang digunakan masih berorientasikan hafalan semata-mata dan tidak mesra pelajar. Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan pendekatan gamifikasi dalam membantu pelajar memahami dan menguasai konsep asas pola kata Arab secara lebih berkesan dan menyeronokkan. Reka bentuk kajian eksperimen dilakukan dengan menggunakan ujian pencapaian. Seramai 32 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian pelajar bagi pola kata setelah diberi rawatan gamifikasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian juga mendapati elemen-elemen gamifikasi seperti ganjaran maya, cabaran bertahap dan maklum balas segera bukan sahaja berjaya meningkatkan minat dan motivasi pelajar bahkan dapat memperkukuh penguasaan mereka terhadap struktur pola kata Arab. Impak kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan gamifikasi bukan sahaja sesuai diterapkan dalam pengajaran bahasa Arab tetapi berpotensi untuk dijadikan model pedagogi inovatif yang menyokong pembelajaran abad ke-21.

Item Type: Proceedings
Keyword: Gamifikasi, wazan, pola kata Arab, morfologi Arab
Subjects: L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language > PJ6701-6901 Modern Arabic dialects
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 10 Jan 2026 16:04
Last Modified: 10 Jan 2026 16:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45833

Actions (login required)

View Item View Item