Junaiddi @ Baklin Sualin (2009) Hubungan perlakuan devian dengan ponteng sekolah pelajar sekolah menengah daerah Kota Belud, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Kajian ini telah dilakukan di daerah Kata Belud. Pemilihan lokasi kajian ini dibuat kerana masalah ponteng sekolah merupakan salah laku utama yang dicatatkan di daerah ini. Tujuan kajian ini bagi melihat hubungan antara perlakuan devian dengan masalah ponteng sekolah. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 190 orang pelajar tingkatan empat di tujuh buah sekolah di daerah Kata Belud yang mempunyai masalah ponteng sekolah. Data-data dikumpulkan melalui barang soal selidik yang mengandungi 32 item. Penganalisaan data-data dijalankan dengan menggunakan 'Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16. O' dengan menetapkan aras signifikan p<0.05. Hasil kajian dihuraikan dengan menggunakan statistik desktiptif seperti bilangan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Kolerasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara perlakuan devian dengan ponteng sekolah. Soal selidik digunakan untuk melihat hubungan antara pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan vandalisme, buli, penampilan diri pelajar serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan kajian mendapati pelajar yang kerap ponteng sekolah ini lebih cenderung kepada salah laku suka menganggu semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan antara salah laku vandalisme dan buli dengan masalah ponteng sekolah.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Devian, Ponteng sekolah, Sekolah menengah, vandalisme, Kota Belud |
| Subjects: | L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | RAZALINAH BINTI DARAIM - |
| Date Deposited: | 26 Jan 2026 08:28 |
| Last Modified: | 26 Jan 2026 08:28 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45857 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

