Penerapan nilai murni dalam mata pelajaran usul Al-Din: Tinjauan isu dan cabaran pelaksanaannya di Sekolah Agama bantuan kerajaan

Khairil Izuan Ibrahim and Mohd Nizam Sahad and Umar Muhammad Noor (2025) Penerapan nilai murni dalam mata pelajaran usul Al-Din: Tinjauan isu dan cabaran pelaksanaannya di Sekolah Agama bantuan kerajaan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 8. pp. 284-303.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Penerapan nilai murni (NM) secara merentas kurikulum merupakan prinsip penting dalam semua mata pelajaran, termasuk Usul al-Din. Namun, kebejatan nilai dalam kalangan pelajar masa kini agak membimbangkan, terutama yang melibatkan pelajar sekolah agama. Bagi meneliti hal tersebut, satu kajian awal telah dilakukan untuk mengetahui isu yang timbul sama ada berpunca dari konteks kompetensi guru, kemudahan infrastruktur, penggunaan Bahasa Arab, atau penghayatan pelajar itu sendiri. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pengaruh utama penghayatan NM pelajar yang perlu diberikan perhatian. Reka bentuk kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian melibatkan 34 orang guru yang mengajar mata pelajaran Usul al-Din, Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di beberapa buah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Data dianalisis secara deskriptif dengan menumpukan kepada nilai kekerapan dan peratusan. Hasil tinjauan guru menunjukkan semua guru kurang diberikan pendedahan secara komprehensif mengenai pendidikan NM (100%), NM dalam buku teks Usul al-Din perlu diklasifikasikan secara eksplisit (97%), infrastruktur perlu ditambahbaik (90.9%), penggunaan Bahasa Arab berkaitan NM dalam buku teks kurang sesuai (84.8%) dan kelemahan NM pelajar dalam amalan seharian (84.4%). Kesimpulannya, isu dan cabaran yang timbul dari pelbagai faktor ini boleh menjejaskan usaha kerajaan dalam menghasilkan pelajar yang seimbang. Implikasi dari dapatan ini sangat penting kepada pemegang taruh bagi menjalankan kajian lanjutan dan merangka perancangan yang lebih sistematik.

Item Type: Article
Keyword: Nilai Murni, Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan, Usul al-Din
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP160-165 General works on Islam
L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 26 Jan 2026 16:26
Last Modified: 26 Jan 2026 16:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45859

Actions (login required)

View Item View Item