Penentuan aktiviti antioksida, kandungan fenolik dan kandungan Flavonoid dalam spesies paku-pakis terpilih.

Siti Anisah binti Mamat Amin (2007) Penentuan aktiviti antioksida, kandungan fenolik dan kandungan Flavonoid dalam spesies paku-pakis terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000697.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Ekstrak metanol daripada lima spesies paku-pakis terpilih (Hymenophyllum denticulatum, Dip/azium cordifolium, Hymenophyl/um polyanthos, Asplenium nidus and Dip/azium latisquamatum) dilakukan untuk menentukan aktiviti antioksida, kandungan fenolik dan kandungan flavonoid bagi melihat keupayaan spesies ini sebagai sumber antioksida semulajadi. Aktiviti antioksida ditentukan dengan menggunakan DPPH dan FRAP assay. Sementara itu, kandungan fenolik dan kandungan flavonoid masing-masing ditentukan melalui kaedah Folin-Ciocalteu dan kaedah Kolometrik Aluminium Klorida. Keputusan menunjukkan kandungan sebatian fenolik paling tinggi dalam Diplazium cordifolium (15.04 ± 0.061 mg katekinlg) dan flavonoid pula tinggi dalam Asplenium nidus (10.53 ± 0.039 mg katekin/g). Aktiviti antioksida yang ditunjukkan dalam peratus kesan penghapusan radikal bebas melalui kaedah DPPH adalah tinggi dalam Hymenophyllum polyanthos (67.40 ± 2.9 %). Manakala, antioksida melalui kuasa penurunan ferik (FRAP) adalah tinggi dalam Hymenophyllum denticu/atum (6.058 ± 0.038 mg/L). Oleh kerana itu, keputusan menunjukkan ekstrak metanol daripada paku-pakis terpilih ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai agen antioksida semulajadi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Fern, Asplenium nidus, Diplazium cordifolium, Diplazium latisquamatum, Hymenophyllum denticulatum, Hymenophyllum polyanthos, Antioxidant activity, Total phenolic, Total flavonoid
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB320-353.5 Vegetables
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 25 Jul 2012 09:14
Last Modified: 23 Oct 2017 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4624

Actions (login required)

View Item View Item