Mohd Nazri Abdul Rahman (2007) Kajian terhadap keberkesanan pensijilan halal di rumah penyembelihan, sekitar Kota Kinabalu Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000700.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai kepatuhan pemilik rumah penyembelihan ayam di sekitar Kota Kinabalu kepada syarat dan peraturan pensijilan Halal. Kajian ini menggunakan tiga kaedah berbeza iaitu temubual, pemerhatian dan soalselidik. Temubual melibatkan personel dari JHEAINS, JAKIM Cawangan Sabah, Jawatankuasa MGI Negeri Sabah, serta pengusaha rumah sembelih ayam halal. Butir-butir pengusaha rumah sembelih dan nama syarikat masing-masing dikodkan sebagai PA1, PB1, PC1, dan PD1 serta RSA, RSB, RSC, dan RSD. Pemerhatian secara penglibatan ke atas rumah sembelih dijalankan dengan kerjasama anggota Jawatankuasa MGI mengikut Jadual Pemantauan Halal, manakala pemerhatian secara individu dilakukan secara bersendirian setelah mendapat kelulusan dari personel rumah sembelih. Pemerhatian dibuat berdasarkan Senarai Semak Set A dan Set B yang dibangunkan berdasarkan Syarat dan Peraturan Pensijilan Halal oleh Rumah Sembelih. Langkah pemprosesan ayam yang diperhati digunakan sebagai asas dalam mengenalpasti Titik Kawalan Halal (HCP) dalam pemprosesan daging ayam halal. Soalselidik pengguna dijalankan ke atas 394 pengguna dengan 295 pengguna Muslim dan 99 Bukan Muslim di tiga pusat membeli belah sekitar Kota Kinabalu iaitu Kompleks Karamunsing, Centre Point Sabah dan Wawasan Plaza. Keputusan menunjukkan terdapat kelemahan sistem rekod dan pemantauan halal oleh JHEAINS, termasuk perbezaan garispanduan dan syarat Penyembelih Haiwan Islam serta skala premis rumah sembelih berbanding JAKIM. Rumah sembelih RSA, RSB, RSC dan RSD didapati mematuhi system dokumentasi pensijilan halal dan pemprosesan ayam halal. Manakala, Pemeriksa Halal dari RSA, RSB, dan RSC didapati meninggalkan lokasi tanpa pengganti serta tidak melakukan penelitian ke atas ayam yang disembelih. Soalselidik pengguna mendapati 76.9% pengguna peka dengan Pensijilan Halal Malaysia, serta 50.0% pengguna mengetahui JHEAINS sebagai Badan Pensijilan Halal Negeri Sabah. Kepekaan lebih tinggi di kalangan Muslim dengan 56.3% berbanding 31.3% Bukan Muslim, manakala 12.4% responden tidak tahu. Ujian korelasi menunjukkan perkaitan signifikan di antara status perkahwinan dengan kepekaan pengguna terhadap pensijilan halal pada p = 0.05 dan r = -0.121, dan p < 0.05. Manakala ujian Khi Kuasa Dua (X²) menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara tahap pendidikan dengan kepekaan pengguna, X² (1, N = 394) = 6.657, p < 0.05.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Halal certification, Halal certification rules and condition, Slaughtering house around Kota Kinabalu, Sabah, JHEAINS, JAKIM Sabah, Sabah State MGI Committee |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP184-184.9 Religious ceremonies, rites, etc. |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 27 Jul 2012 15:32 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 15:23 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4644 |
Actions (login required)
View Item |