Hafis Mohamad Dom (2007) Kajian kepadatan jumlah koliform dan koliform najis di Sungai Inanam, Sungai Kiulu, Sungai Likas dan Sungai Sembulan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000706.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Bakteria koliform dan Escherichia coli adalah dua bakteria penunjuk pencemaran najis di dalam badan air. Kumbahan manusia dan najis haiwan merupakan punca kewujudan kedua-dua bakteria. Kajian dibuat untuk membandingkan kepadatan bakteria koliform dan E.coli di hulu dan hilir Sungai Inanam, Sungai Kiulu, Sungai Likas dan Sungai Sembulan. Analisis makmal untuk mengenalpasti kehadiran dan kepadatan bakteria koliform dan E. coli dibuat menggunakan kaedah membran penuras serta media Membran Lauril Sulfat (MLS). Hasil kajian mendapati Sungai Sembulan mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding Sungai Inanam dan Sungai Likas. Sungai Kiulu yang bertindak sebagai sungai kawalan menunjukkan kepadatan bakteria koliform dan perbezaan kepadatan E.coli paling rendah, (0-lCFU100ml¯¹) di hulu dan (2-3CFU100ml¯¹) di hilir sepanjang proses pensampelan. Ujian makmal membuktikan kawasan hulu kurang tercemar dengan buangan najis dan kumbahan berbanding kawasan hilir sungai.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Escherichia coli, Fecal coliform, Bacteria, Upstream Sembulan, Inanam river, Likas river, Sabah |
Subjects: | ?? QH77_T78J68 ?? |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 01 Aug 2012 15:29 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 15:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4662 |
Actions (login required)
View Item |