Usaha-usaha pemuliharaan periuk kera (Nepenthes sp.) di Banjaran Crocker sebagai aset pelancongan alam semulajadi

Nur Wahida Yusuf (2007) Usaha-usaha pemuliharaan periuk kera (Nepenthes sp.) di Banjaran Crocker sebagai aset pelancongan alam semulajadi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan bagi memerhati usaha-usaha pemuliharaan Nepenthes sp. di Banjaran Crocker sebagai aset pelancongan alam semulajadi. Temuramah dan soal selidik dijalankan di kawasan kajian dari Januari 2007 hingga Mac 2007. Data taburan periuk kera, kandungan fosfat dalam tanah dan kelembapan udara dikumpulkan bagi memberi gambaran keadaan semasa pemuliharaan periuk kera di Mesilau. Keputusan menunjukkan responden setuju menyatakan terdapat lima usaha utama diperhatikan di kawasan kajian iaitu penerangan dari pegawai mengenai pemuliharaan alam sekitar, kesediaan struktur seperti papan tanda dan pagar, penyebaran risalah I pamphlet pemuliharaan, infrastruktur berada dalam keadaan baik dan memuaskan dan lain-lain. Nepenthes sp. adalah tertabur secara seragam pada ketiga-tiga bulan pensampelan dengan nilai kandungan fosfat dalam tanah di antara 2.37 hingga 20.15ppm. Nilai korelasi antara kelembapan udara dan bilangan Nepenthes sp. ialah -0.244 bagi julat kelembapan di antara 71% hingga 98%. Secara keseluruhannya, usaha-usaha pemuliharaan dijalankan di Mesilau telah meningkatkan potensi periuk kera sebagai aset pelancongan alam semulajadi di Banjaran Crocker.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Nepenthes sp., Crocker Range, Nature tourism, Phosphate content, Conservation Mesilau, Mesilau, Kundasang, Sabah
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
?? QH77_T78J68 ??
Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 06 Aug 2012 16:10
Last Modified: 06 Aug 2012 16:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4685

Actions (login required)

View Item View Item