Kesan histologi akibat ketoksikan akut endosulfan ke atas ikan keli Afrika, Clarias gariepinus

Vickneswary Malon Marugan (2005) Kesan histologi akibat ketoksikan akut endosulfan ke atas ikan keli Afrika, Clarias gariepinus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000712.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini menguji ketoksikan endosulfan ke atas ikan keli Afrika, Clarias gariepinus. Kajian saya meliputi pemerhatian ke atas tingkah laku ikan terhadap beberapa kepekatan yang didedahkan. Antara kepekatan yang diuji ialah 0.0μg/ᶅ (yang bertindak sebagai kawalan), 0.5μg/ᶅ, 1.0μg/ᶅ, 5.0μg/ᶅ1 dan 10.0μg/ᶅ. Tingkah laku mempunyai hubungan diantara fungsi fisiologi dan proses ekologi. Kepekatan endosulfan .didapati mempunyai hubungan dengan pembolehubah warna badan, keaktifan, perembesan dan perubahan pada kulit. Melalui kajian sehala varian (ANOVA), nilai adalah ≤ 0.05 bagi keempat pembolehubah yang disebutkan. Ini bermakna terdapat perubahan signiftkan pada tingkah laku. Malah melalui analisis korelasi bivariate, didapati wama mata tidak menunjukkan perubahan yang signiftkan kerana nilai yang diperoleh adalah -0.17. Menerusi tingkah laku, didapati tindakbalas ikan kepada pendedahan endosulfan ialah keadaan berenang yang tidak tentu arab? hilang keseimbangan, membuka mulut untuk menghirup udara yang banyak dan tempoh kematian diantara 15 hingga 20 minit. Ikan-ikan yang terdedah mati melalui satu keadaan yang tertekan. Perubahan wama gelap dapat dilihat disekitar badannya. Selain itu, terdapat akulasi mukus yang banyak pada permukaan badan ikan yang mati. Keputusan yang diperoleh mencadangkan bahawa pendedahan jangka pendek atau akut kepada sekitaran suatu. pestisid akan memberi kesan jangka panjang pada kesan tumbesaran dan tingkah laku ikan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Catfish, Catfish africanus, Clarias gariepinus, Ecological
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH20.3-191 Aquaculture > SH151-179 Fish culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Aug 2012 12:31
Last Modified: 23 Oct 2017 15:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4686

Actions (login required)

View Item View Item