Hel Amir Helter (2007) Kepelbagaian serangga pada habitat pokok Acacia Mangium. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000714.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dilakukan adalah bagi membuat tinjauan terhadap kepelbagaian serangga yang terdapat pada habitat pokok Acacia mangium, dengan menggunakan lima kaedah penangkapan serangga iaitu, perangkap cahaya, perangkap malaise, perangkap lekit, perangkap dulang kuning dan perangkap lubang berumpan. Daripada pemerhatian yang telah dijalankan di kawasan hutan berdekatan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah, dengan menggunakan kelima-lima kaedah telah berjaya memperolehi lapan order serangga iaitu terdiri daripada Orthoptera, Dictyoptera, Homoptera, Hemiptera, Coleoptera, Hymenoptera, Lepidoptera dan Diptera. Kesemua jumlah individu serangga yang telah ditangkap ialah 351 ekor serangga, manakala dari segi bilangan famili dan genus serangga yang ditangkap ialah sebanyak 25 famili dan 32 genus. Dari segi peranan serangga pada habitat pokok Acacia mangium dapat dibahagikan kepada tiga iaitu pendebunga, perosak dan pembangkai.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Insects, Acacia mangium trees, UMS |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) > QH540-549.5 Ecology Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates > QL461-599.82 Insects |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 05 Sep 2012 10:14 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 15:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4760 |
Actions (login required)
View Item |