Kesan kepekatan sukrosa terhadap kualiti bunga keratan: Orkid dendrobium sakura pink yang dirawat dengan 1-MCP

Norhasliani Mohamad Nor (2006) Kesan kepekatan sukrosa terhadap kualiti bunga keratan: Orkid dendrobium sakura pink yang dirawat dengan 1-MCP. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000717.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kesan kepekatan sukrosa terhadap kualiti bunga keratan Orkid Dendrobium Sakura Pink dikaji. Bunga keratan pada awalnya dirawat dengan 1-MCP selarna empat jam. Kualiti bunga keratan diperhatikan pada suhu bilik, dengan menggunakan kombinasi larutan sukrosa (2%, 5%, 10%, 15%,20%) dan larutan 8-HQS sebagai media jarnbangan. Ujian ANOVA menunjukkan kepekatan sukrosa yang berbeza memberi kesan yang bererti terhadap peratus kudup terbuka, peratus bunga layu dan peratus bunga gugur, tetapi tidak bererti terhadap berat bersih bunga keratan. Keputusan menunjukkan 20% sukrosa mempunyai peratus kudup terbuka yang tinggi iaitu sebanyak 40.31 %, tetapi ia menyebabkan bunga keratan cepat layu dan seterusnya gugur. Peratus kudup terbuka meningkat dengan bertambahnya biJangan hari. Bagi larutan 2% sukrosa pula, peratus kudup terbuka, peratus bunga layu dan peratus bunga gugur adalah rendah iaitu masing-masing 25.51 %, 3.58% dan 1.12%. Akan tetapi, penggunaan 2% sukrosa menyebabkan keperangan dan kekeringan pada hujung keratan. Keputusan yang diambil mencadangkan larutan 10% sukrosa sebagai media jambangan adalah yang paling baik sekali untuk mengekalkan kualiti bunga keratan Orkid Dendrodium Sakura Pink.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Orchid, Dendrobium Sakura Pink
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Sep 2012 14:50
Last Modified: 23 Oct 2017 15:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4763

Actions (login required)

View Item View Item