Hanizah Mungod (2006) Penilaian kualiti halia (Zingiber officinale var. Bentong) dari beberapa kawasan terpilih di negeri Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000722.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Penilaian kualiti halia (Zingiber ojJicinale Roscoe var. Bentong) dari beberapa kawasan terpilih di negeri Sabah dikaji. Sampel-sampel halia dari Kota Belud, Ranau, Tuaran, Keningau dan Tambunan diambil dan dilakukan ujian kualiti dari segi fizikokimia dan ujian yang melibatkan struktur morfologinya. Ujian-ujian yang dilakukan ke atas semua sampel halia tersebut adalah ujian seperti penentuan pH rizom menggunakan pH meter, ujian menentukan peratus pepejal yang terlarut dalam rizom menggunakan refraktrometer tangan, ujian menentukan peratus asid tertitrat dalam rizom dengan melakukan pentitratan dengan 0.1 M Natrium Hidroksida, ujian menentukan keteguhan rizom halia menggunakan penetrometer tangan dan ujian penentuan peratus berat kering rizom halia. Bagi ujian pH, pepejal terlarut dan asid tertitrat jus halia yang dijadikan sampel digunakan. Manakala ujian keteguhan dan berat kering dilakukan terus menggunakan rizom halia sampel. Ujian-ujian ini dilakukan untuk melihat perbezaan kualiti halia yang mempunyai varieti sarna dan gred yang sama tetapi kawasan penanaman yang berbeza. Ujian kualiti ini membuktikan bahawa kualiti halia dari kawasan penanaman yang berbeza adalah berbeza antara satu sama lain.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Ginger, Ginger rhizome, Physicochemical test, Zingiber Officinale Roscoe var. Bentong, Sabah |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 21 Sep 2012 17:13 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:04 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4768 |
Actions (login required)
View Item |