Siti Zalekha Musa (2006) Adakah goyangan ekor berlaku pada setiap masa? - kajian ke atas burung kedidi pasir (Actitis hypoleucos). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000725.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti samada goyangan ekor yang dilakukan oleh burung kedidi pasir (Actitis hypoleucos) berlaku pada setiap masa ataupun tidak. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kadar goyangan ekor oleh burung kedidi pasir. Pemantauan telah dijalankan dari bulan Disember 2005 hingga bulan Februari 2006. Objektif kajian ini adalah, (1) Untuk mengetahui kadar goyangan ekor oleh burung kedidi pasir pada sesuatu masa dan (2) untuk mengetahui faktor goyangan ekor oleh burung kedidi pasir samaada disebabkan oleh ancaman, lapar atau untuk menarik perhatian pasangan pada musim mengawan. Hasil keputusan yang diperolehi merangkumi 12 kumpulan data daripada 13 kali persampelan yang dijalankan pada setiap hujung minggu. Goyangan ekor yang paling singkat dilakukan oleh burung kedidi pasir adalah sebanyak enam kali yang mengambil masa selama 0.17 minit yang berlaku secara berterusan, manakala goyangan ekor yang paling lama adalah sebanyak 70 kali selama 3.03 minit. Mod untuk kekerapan goyangan ekor adalah sebanyak 18 kali, manakala mod jangkamasa goyangan ekor adalah 0.97, 1.15 dan 1.22 minit. Disimpulkan, lakuan menggoyangkan ekor berlaku tanpa mengira waktu. Walau bagaimanapun, terdapat variasi dalam tempoh goyangan dan frekuensi goyangan ekor.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Common Sandpiper, Actitis hypoleucos, Tail-bobbing |
Subjects: | S Agriculture > SF Animal culture > SF1-1100 Animal culture > SF461-473 Birds. Cage birds |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 26 Sep 2012 17:14 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4770 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |