Siti Haslinda Ahmad Rusmili (2007) Kimia air bagi ion-ion utama dan indeks ketepuan air Sungai Kiulu, Tamparuli, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000735.pdf Download (2MB) | Preview |
|
Text
Kimia air bagi ion-ion utama dan indeks ketepuan air Sungai Kiulu.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kepekatan kation dan anion utama iaitu Ca⺠Mg²âº, Naâº, Kâº, cr, HC03 - dan SO²¯ serta tahap ketepuan mineral terpilih iaitu halite, calcite, aragonite, anhydrite, gypsum dan dolomite dengan menggunakan Indeks Ketepuan. Sampel diambil di kawasan hulu, pertengahan dan hilir Sungai Kiulu. Kepekatan kation ditentukan dengan menggunakan spektrofotometer serapan atom, kepekatan klorida dan bikarbonat menggunakan kaedah pentitratan dan kepekatan sulfat ditentukan dengan menggunakan HACH Kit. Kepekatan kation dan anion yang dipero]ehi digunakan untuk mengetahui tahap ketepuan mineral di hulu, pertengahan dan hilir Sungai Kiulu supaya perbandingan dapat dilakukan. Hasil kajian ini menunjukkan corak kepekatan anion dan kation serta tahap ketepuan mineral di tiga stesen persampelan adalah sama. Corak kepekatan kation dan anion adalah Ca⺠> Na⺠> Mg²⺠> K⺠dengan kepekatan purata 4.78 ± 0.21 > 2.68 ± 0.45 > l.28 ±..0.05 > 0.62 ± 0.07 mg/L bagi kation dan HC0₃¯ > SO₄²¯ > Cl¯ dengan kepekatan purata 118.81 ± 7.06 > 5.07 ± 2.89 > 1.83 ± 1.22 mg/L bagi anion. Corak bagi tahap ketepuan mineral adalah halite < anhydrite < gypsum bagi tahap yang tidak tepu dan aragonite < calcite < dolomite tergolong dalam tahap yang terlampau tepu.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Water chemistry, Minerals, Ions concentrations, Kiulu River water, Tamparuli, Sabah |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB651-2998 Hydrology. Water > GB980-2998 Ground and surface waters |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 05 Sep 2012 09:35 |
Last Modified: | 27 Oct 2020 12:43 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4787 |
Actions (login required)
View Item |