Kajian proliferasi protokom orkid (Phalaenopsis gigantea) menggunakan medium xer yang ditambah dengan air kelapa dan ekstrak kentang

Wan Zawani Wan Ahmad (2007) Kajian proliferasi protokom orkid (Phalaenopsis gigantea) menggunakan medium xer yang ditambah dengan air kelapa dan ekstrak kentang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000740.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian kesan kepekatan air kelapa dan pati ekstrak kentang yang berbeza ke atas proliferasi protokorm Phaiaenopsis gigantea telah dijalankan selama lapan puluh hari di makmal tisu kultur Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan rekabentuk eksperimen rawak lengkap. Kajian ini menggunakan medium asas Experimental Ernst Robert (XER) yang ditambah dengan kepekatan air kelapa sebanyak 0% (kawalan), 5%, 10%, dan 15% (v/v) serta 1% (v/v) ekstrak kentang. Hasil cerapan pada hari ke 80 selepas kultur ke atas purata segmen protokorm yang berproliferasi mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan kesan yang bererti (1=0.05) di antara kepekatan air kelapa dan ekstrak kentang yang digunakan. Julat bagi hari ke lapan puluh bagi purata segmen protokorm yang mengalami proliferasi adalah sekitar 14 - 36 %. Manakala bagi parameter purata bilangan jasad seperti protokorm yang terbentuk per segmen protokorm hidup, julatnya adalah sekitar 0.8 - 3.9 biji. Julat bagi purata segmen protokorm yang mati yang dicatat pada hari ke lapan puluh adalah sekitar 26 - 38 %.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Orchid, Phalaenopsis gigantea, Coconut water, Potato extract
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 06 Sep 2012 15:54
Last Modified: 10 Oct 2017 17:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4792

Actions (login required)

View Item View Item