Kajian awal mengenai beberapa aspek populasi Ketam Bakau Scylla serrata di Mengkabong, Sabah

Lee, Chee Lip (2007) Kajian awal mengenai beberapa aspek populasi Ketam Bakau Scylla serrata di Mengkabong, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000742.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian awal mengenai beberapa aspek populasi ketam bakau Scylla serrata telah dijalankan sepanjang lima bulan iaitu dari bulan Ogos 2006 hingga Disember 2006 di Mengkabong dalam Daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan nisbah seks, kepadatan serta mengukur parameter fizikal ketam bakau Scylla serrata. Sepanjang tinjauan, bubu lipat bulat digunakan. Dua transek (250 m x 4.5 m) digunakan dan setiap transek lima stesen didirikan untuk menabur perangkap dengan jaraknya 50 m setiap stesen. Berdasarkan keputusan, didapati bahawa bilangan ketam jantan (63%) melebihi ketam betina (37%). Nisbah seks ketam jantan kepada betina secara keseluruhan adalah 1.68:1. Dengan analisi Ujian Khi Kuasa Dua X²test) didapati ia bererti secara statistik (P<0.05) daripada nisbah 1:1. Bulan November mempunyai tangkapan yang tertinggi (N=16) sepanjang kajian ini. Tidak ada ketam dewasa (> 150 mm lebar karapas) dapat diperoleh dalam kajian ini, kebanyakan ketam (N=63) yang berjaya ditangkap adalah ketam juvenil (20-99mm lebar karapas) dan sebanyak 20 ekor ketam subdewasa dapat ditangkap. Kolerasi pangkat Spearman menunjukkan hubungan antara lebar karapas dan berat bagi ketam jantan dan betina berti secara statistik (P<O.05). Hubungan tersebut adalah kuat bagi ketam jantan (r=O.9880) dan betina (r=0.9820). Kepadatan ketam bakau di Mengkabong adalah 36.89 ekorlha iaitu 23.11 ekorlha ketam jantan dan 13.78 ekorlha ketam betina. Faktor-faktor seperti suhu dan pengekploitasi manusia turut memberi kesan terhadap populasi ketam di Mengkabong. Undang-undang berkenaan perlindungan ketam bakau harus dirangkan agar pengekploitasian populasi ketam S. serrata dapat digelak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mud Crab, Scylla serrata, Mengkabong, Sabah
Subjects: Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Sep 2012 14:14
Last Modified: 10 Oct 2017 17:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4794

Actions (login required)

View Item View Item